Utusan Borneo (Sabah)

Fundaztic, pitchIN kembang ekosistem pembiayaan alternatif

-

KUALALUMPU­R:Fundaztic dan pitchIN, dua platform pendanaan ramai yang diiktiraf oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), membentuk pakatan meningkatk­an kesedaran, kepercayaa­n dan penerimaan dalam industri selain menawarkan tawaran yang menarik kepada pelabur.

Kerjasama akan melibatkan Fundaztic, pemimpin pasaran pembiayaan antara rakan setara dari segi bilangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mengumpul dana menerusi pitchIN, pemimpin pasaran dalam pendanaan ramai ekuiti (ECF).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Peoplender Sdn Bhd, syarikat yang memiliki dan menguruska­n Fundaztic, Kristine Ng berkata terdapat minat belian yang besar bagi saham yang bakal ditawarkan.

“Kami yakin bahawa tiga juta saham, iaitu limit maksimum dibenarkan di bawah garis panduan ECF, yang akan ditawarkan melalui pendanaan ramai ekuiti akan menerima sambutan hangat kerana petunjuk awal minat telah mencecah 11 juta.

“Minat luar biasa ini adalah testimoni kepercayaa­n terhadap prestasi semasa Fundaztic dan unjuran untuk masa depan. Motivasi seperti ini merangsang pertumbuha­n dan menggalakk­an lebih banyak tawaran nota pendanaan setiap minggu kepada PKS yang berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataaan.

Sementara itu, CEO Pitch Platforms Sdn Bhd, Sam Shafie berkata, berdasarka­n pengalaman dan rekod, tawaran tiga juta saham boleh dilengkapk­an dalam jangka masa pendek mungkin antara satu hingga dua jam.

“Fundaztic mempunyai rekodprest­asiyangter­buktidari segi pertumbuha­n pendapatan serta pertumbuha­n jumlah ahli dan nota yang dihoskan setiap minggu.

“PitchIN amat teliti dalam pemilihan kempen pelaburan dan inilah sebabnya mengapa semua 22 kempen yang telah dijalankan secara langsung berjaya mendapatka­n pembiayaan yang diperlukan dan semuanya berkembang seperti yang diunjurkan,” kata Shafie. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia