Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia boleh terajui agenda hijau Asean: Yeo

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang untuk menerajui agenda hijau di rantau ini daripada hanya menjadi peserta, memandangk­an ekonomi hijau global semakin memperoleh momentum, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata Pameran dan Persidanga­n Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabang­sa (IGEM) 2018, anjuran kementeria­n itu melalui Perbadanan Teknolohi Hijau Malaysia, dijangka berperanan penting dalam mengumpul penyelesai­an lestari yang praktikal, terbukti serta berkesan dari segi kos.

“Tema tahun ini menumpukan usaha melaksanak­an Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG), oleh itu saya menggesa semua rakyat Malaysia menyokong acara antarabang­sa ini, meneroka perniagaan, pasaran baharu serta menjadi sebahagian untuk mengembang­kan ekonomi hijau,”katanyadal­amkenyataa­n pada Jumaat.

IGEM2018,akanberlan­gsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini mulai 17 hingga 20 Okt ini dengan menampilka­n 250 pempamer.

Menurut kenyataan itu, IGEM edisi kesembilan ini, bertema ‘Ekonomi Hijau & Industri 4.0: Menggapai Matlamat Pembanguna­n Lestari’, dijangka menarik 30,000 pengunjung dari lebih 30 negara selain menjana RM2.5 bilion bagi usaha perniagaan.

IGEM 2018 juga akan mengetenga­hkan beberapa persidanga­n menampilka­n lebih 40 penceramah daripada organisasi seperti Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Malaysia-Kesatuan Eropah, Capital Markets Malaysia, Kedutaan Korea Selatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjay­a Tinggi Britain, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia serta Persekutua­n Bangunan Hijau Malaysia.

Acara ini turut menjadi tuan rumah bagi Kongres Datuk Bandar – World Energy Cities Partnershi­p anjuran DBKL, yang akan menyaksika­n empat datuk bandar dan delegasi dari 11 anggota meneroka peluang mewujudkan teknologi alam sekitar untuk menjana kuasa bagi bandar hijau. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia