Utusan Borneo (Sabah)

Taylor Swift cipta rekod baru AMA, gesa peminat keluar mengundi

-

PENYANYI sensasi Taylor Swift, selepas melibatkan diri dalam politik Amerika Syarikat (AS) yang menimbulka­n kontrovers­i, merupakan pemenang besar di Anugerah Muzik Amerika (AMA) pada Selasa lepas di mana dia menggunaka­n platform itu untuk sekali lagi menggesa peminatnya agar keluar mengundi.

Penyanyi pop berusia 28 tahun itu mencipta rekod apabila dia memenangi anugerah artis terbaik keempat di AMA yang diundi oleh peminat, untuk menewaskan dua penyanyi rap, Drake dan Post Malone, selain Ed Sheeran dari Britain dan kumpulan rock Imagine Dragons untuk hadiah utama.

Dia juga memenangi tiga anugerah lain, untuk artis pop wanita terbaik, jelajah terbaik, dan album pop terbaik bagi ‘Reputation’, yang paling laris dijual pada 2017.

Pada minggu lepas, Swift mencetuska­n kontrovers­i apabila dia memecah kesenyapan­nya mengenai politik dan mengumumka­n dia akan mengundi untuk dua calon Demokrat di Tennessee dalam pilihan raya pertengaha­n penggal

Kongres

AS pada

November. Kenyataann­ya telah mendorong peningkata­n dalam pendaftara­n pengundi. Pada Selasa lepas, penyanyi ‘Fearless’ itu memberitah­u hadirin AMA di Los Angeles dan jutaan yang menonton di rumah untuk keluar mengundi. “Anugerah ini dan setiap anugerah yang diberikan pada malam ini diundi oleh rakyat. Dan anda tahukah apa lagi yang diundi oleh rakyat? Pilihan raya pertengaha­n penggal pada 9 November. Keluar dan mengundi,” kata Swift ketika dia menerima anugerahny­a. Dalam kemunculan lain Selasa lepas, penyanyi rap dari New York, Cardi B, menggegark­an dewan dengan persembaha­n rancak bagi lagu tarian popular ‘I Like It’ bersama J.Balvin dan Bad Bunny.

Cardi B, yang menikmati tempoh 12 bulan yang cemerlang, turut dipilih sebagai artis hip-hop/rap kegemaran, tetapi dia tewas dalam kategori artis baharu terbaik kepada Camila Cabello yang dilahirkan di Cuba. Pemenang lain terma suk Post Malone (artis pop/rock lelaki), Khalid (artis soul/R&B lelaki), dan bintang country, Carrie Underwood, yang menerima anugerah AMA ke-13 bagi dirinya. Kumpulan remaja lelaki BTS menjadi kumpulan pertama dari Korea untuk memenangi anugerah AMA apabila mereka membawa pulang anugerah bagi artis sosial kegemaran. Glady Knight mengetuai penghor-matan kepada Aretha Franklin, yang me- ninggal dunia akibat kanser pada Ogos lalu di usia 76 tahun. Penghibur lain termasuk Mariah Carey, Jennifer Lopez dan Missy Elliott. Beberapa bintang terkemuka dalam dunia muzik, termasuk Drake, Ed Sheeran, Beyonce, Ariana Grande, Rihanna dan Kanye West, tidak ada Selasa lepas.

West tidak dicalonkan manakala Beyonce, Rihanna dan Grande masing-masing memperoleh­i hanya satu pencalonan sahaja.

Selain Swift, majlis itu amnya bebas daripada politik.

Hos Tracee Ellis Ross memakai kemeja T putih seketika pada malam itu yang tertera kata-kata ‘I am a voter’, dan pengacara Billy Eichner, paling terkenal kerana komedi TV ‘Parks and Recreation’, menggesa hadirin yang muda untuk mendaftar diri sebagai pengundi.

“Anda boleh pergi ke vote.org, seperti apa yang disuruh oleh Swift,” kata Eichner. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? CAMILA CABELLO
CAMILA CABELLO
 ??  ??
 ??  ?? TAYLOR Swift melihat trofi ‘Album - Pop/Rock’ yang dimenangin­ya semasa Anugerah Muzik Amerika 2018 di Los Angeles, California baru-baru ini. — Gambar Reuters
TAYLOR Swift melihat trofi ‘Album - Pop/Rock’ yang dimenangin­ya semasa Anugerah Muzik Amerika 2018 di Los Angeles, California baru-baru ini. — Gambar Reuters
 ??  ?? CARDI B: Artis Rap/Hip-Hop terbaik.
CARDI B: Artis Rap/Hip-Hop terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia