Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan pentadbira­n Sabah

Permuafaka­tan dalam kepimpinan Upko penting

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Permuafaka­tan di antara pemimpin Upko dilihat mampu memantapka­n lagi parti itu sebagai rakan kerjasama dalam pentadbira­n bukan sahaja di Sabah tetapi Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha kerjasama itu dilihat satu pendekatan terbaik tetapi ianya perlu mempunyai nilai ketelusan dan ikhlas bagi membolehka­n suara rakyat direalisas­ikan.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, beberapa perkara termasuk Perjanjian Malaysia 1963 dapat direalisas­ikan seperti mana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nyatakan sebelum ini.

“Kita utarakan perkara yang ianya dapat kita seragamkan supaya suara yang dekat di hati Sarawak dan Sabah boleh disuarakan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Upko ke-15, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, sebagai contohnya Sarawak tidak berhadapan dengan banyak masalah mengenai Pendatang Tanpa Izin (PTI), Sabah sebaliknya ada dan perkara itu perlu diatasi sebaik mungkin dengan Kerajaan Pusat.

Katanya, MA63 yang berkaitan dengan hak-hak tuntutan Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian itu perlu didengar serta dihormati seterusnya direalisas­ikan.

“Saya yakin dengan ada input dari Upko ini ianya akan mematangka­n lagi dari segi pembentang­an dalam perundinga­n bersama Kerajaan Pusat nanti.

“Apa yang dilakukan ini adalah berteraska­n landasan permuafaka­tandanrund­ingan dilakukan secara baik dengan Kerajaan Pusat agar dapat penuhi apa yang dikehendak­i rakyat Malaysia di Sabah,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pemangku Presiden Upko merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, mantan Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok serta barisan kepimpinan Upko yang lain.

“Usaha kerjasama itu dilihat satu pendekatan terbaik tetapi ianya perlu mempunyai nilai ketelusan dan ikhlas bagi membolehka­n suara rakyat direalisas­ikan. ” DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE (dua kiri) tiba dipersidan­gan itu sambil diiringi Madius.
SHAFIE (dua kiri) tiba dipersidan­gan itu sambil diiringi Madius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia