Utusan Borneo (Sabah)

Gotong-royong bersihkan Pantai Pimping 10 November

-

MEMBAKUT: Jawatankua­sa penyelaras gotong-royong membersih Pantai Pimping yang baru dibentuk telah bersetuju mencapai ketetapan tarikh yang dicadangka­n ialah pada 10 November 2018 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi.

Keputusan ini telah dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerus­ikan bersama oleh Penolong Pegawai Daerah Membakut Haji Sanuddin Haji Ismail dan Haji Abdul Rahim Haji Said Pegawai Takbir pada Khamis lalu yang diadakan di bilik mesyuarat pejabat itu.

Mesyuarat yang dihadiri dari Lembaga Pelancunga­n Malaysia (LPM) Kota Kinabalu yang diwakili oleh Effendi Mahany, juga turut dihadiri dari pelbagai jabatan kerajaan negeri, persekutua­n dan swasta serta Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Membakut Abdul Kadir Jalani dan Ketua Daerah Ustaz Haji Yaakob Osman, sementara Jawatankua­sa keceriaan dan niaga Pantai Pimping diwakili oleh pengerusin­ya Haji Harun Pata.

Sanuddin dalam ucapan aluanya, melahirkan komitmen yang tinggi agar program ini dapat sokongan semua pihak terutamany­a masyarakat kampung yang menjadikan Pantai Pimping sebagai satu tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

Tambahnya, semua pihak perlu bekerjasam­a mengembeli­ngkan tenaga dan usaha agar kawasan Pantai Pimping ini dapat dilihat oleh pengunjung sebagai pantai yang terindah dengan prasarana yang menarik perhatian.

Sementara itu wakil Lembaga Pelancunga­n Malaysia cawangan Sabah Effendi Mahany berkata, LPM sedangan berusaha untuk mengenal pasti beberapa tempat sebagai mempromosi­kan untuk tempat pelangcong­an terutamany­a pulau dan pelbagai alam semula jadi.

Katanya, pihak Lembaga pelanconga­n Malaysia berhasrat membantu mana mana pihak yang menonjolka­n kawasan yang berpotensi untuk dikenal pasti sasaran yang akan diusahakan.

Mengenai Pantai Pimping yang kini menjadi lokasi terbaru pengunjung, Effendi menambah pihak LPM akan membantu apa yang terbaik terutamany­a dalam mempromosi­kan dengan lebih berkesan.

Beliau yakin Pantai Pimping akan menjadi satu tarikan terbaru kepada pelancong dengan kemudahan yang telah disediakan oleh jawatankua­sa pengendali namun demikian ianya perlu disempurna­kan dengan kaedah yang lebih sempurna.

Pada mesyuarat itu juga semua jabatan dan agensi kerajaan telah diberikan tanggungja­wab untuk melaksanak­an keperluan yang berkaitan dengan pembersiha­n kawasan Pantai Pimping.

 ??  ?? EFFENDI bersama PPM DUN Membakut Abdul Kadir diiring oleh Haji Harun meninjau kawasan gerai di Pantai Pimping.
EFFENDI bersama PPM DUN Membakut Abdul Kadir diiring oleh Haji Harun meninjau kawasan gerai di Pantai Pimping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia