Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar perlu miliki semangat juang

Selain berfikiran kompetitif untuk meningkatk­an penguasaan ilmu

-

TENOM : Golongan pelajar sekolah, disarankan agar mempunyai semangat juang selain berfikiran kompetitif untuk meningkatk­an penguasaan ilmu demi masa depan yang lebih terjamin.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, setiap pelajar juga harus pandai mengurus kecerdikan kerana kecerdikan tidak mencukupi tanpa kebijaksan­aan.

“Kecerdikan mungkin boleh membawa kita ke depan, tapi kebijaksan­aan mampu membawa kita lebih jauh daripada itu.

“Orang cerdik tidak selalunya bertindak bijak. Tetapi orang bijak berupaya mencipta kejayaan yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Sekolah Zon 4 Sepong di Kompleks Sukan Tenom pada Khamis.

Sebanyak sepuluh buah sekolah dalam Zon 4 terlibat dalam kejohanan tersebut iaitu SK Ladang Sampong, SK Chinta Mata, SK Sungai Api, SK Bambam, SK Gumisi, SJKC Yuk Nam, SJKC Yuk Syn , SJKC Yuk Hwa, SJKC Tsi Sin dan SK Masanoi.

Hadir sama Pengerusi MSSS Zon 4 Samping yang juga Guru Besar SJKC Yuk Syn Tenom Chin Chee Ming dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kemabong Burnley Balang.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pihak sekolah dan guru guru bukan hanya ingin melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik sematamata, sebaliknya pelajar yang seimbang perkembang­annya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektua­l.

“Jika pelajar yang berilmu, mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin sekolah, ia akan membawa kepada keruntuhan negara pada masa hadapan.

“Oleh itu, peliharala­h akhlak dan disiplin anda sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan kecemerlan­gan diri sebagai pelajar,” katanya.

Menurut Jamawi lagi, untuk menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang mereka juga perlu aktif dalam aktiviti kokurikulu­m sekolah di mana ianya akan meningkatk­an keterampil­an pelajar dalam berorganis­asi.

“Penglibata­n pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m menjadikan pelajar mampu mengurus dan memimpin sementara dalam kegiatan sukan menjadikan pelajar sihat, cergas dalam bertindak menghadapi cabaran tugas serta bertanggun­gjawab sebagai seorang pelajar ,” katanya.

“Kecerdikan mungkin boleh membawa kita ke depan, tapi kebijaksan­aan mampu membawa kita lebih jauh daripada itu. Orang cerdik tidak selalunya bertindak bijak. Tetapi orang bijak berupaya mencipta kejayaan ” yang lebih besar JAMAWI JAAFAR Wakil Rakyat Kemabong

 ??  ?? JAMAWI bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan program itu.
JAMAWI bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan program itu.
 ??  ?? JAMAWI menerima cendera kenangan dari Pengerusi Penganjur Chin selepas merasmikan majlis itu.
JAMAWI menerima cendera kenangan dari Pengerusi Penganjur Chin selepas merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia