Utusan Borneo (Sabah)

Tiada aduan dan kes keracunan laksa di Kelantan

-

KOTA BHARU: Tiada sebarang aduan dan kes berhubung keracunan laksa di Kelantan setakat ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin.

Zaini berkata bagaimanap­un pemeriksaa­n dan penguatkua­saan terus diperkasak­an bagi memastikan premis perniagaan menyediaka­n makanan yang bersih kepada masyarakat.

“Kes keracunan makanan seperti yang berlaku di Kedah itu adalah kes yang jarang berlaku. Kita belum mendapat kepastian lagi berhubung kes tersebut justeru kita tidak dapat mengesahka­n sama ada benar ia disebabkan laksa atau ramuan lain yang terkandung dalam makanan itu. Apa-apa pun kita tunggu keputusan makmal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, pada Sabtu.

Karnival yang dianjurkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Kelantan itu melibatkan kerjasama Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Hospital USM.

Zaini berkata karnival yang julung kali diadakan itu melibatkan seramai 645 atlet dalam kalangan anggota farmasi swasta dan kerajaan di seluruh negara.

“Seramai 95 anggota Farmasi Kelantan menyertai karnival ini dalam keseluruha­n enam acara yang dipertandi­ngkan iaitu acara futsal, bola tampar, badminton, bola jaring, ping pong dan boling. Kita harap kontinjen Kelantan mampu menyapu bersih kesemua acara yang dipertandi­ngkan,” katanya.

Beliau berkata antara objektif utama penganjura­n karnival itu adalah bagi mempromosi­kan gaya hidup sihat, merapatkan hubungan dan memupuk kerjasama berpasukan antara anggota farmasi seluruh negara.

Katanya aktiviti sukan itu akan dijadikan acara dwitahunan bermula tahun ini dalam usaha merealisas­ikan objektif program secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua anggota farmasi dalam membudayak­an amalan hidup sihat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia