Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2019 diharap tumpu kebajikan nelayan

-

KOTA BHARU: Bajet 2019 yang akan dibentangk­an kerajaan Pakatan Harapan pada 2 Nov ini diharap tidak meminggirk­an aspek kebajikan nelayan dan bantuan-bantuan sedia ada kepada golongan itu.

Ketua Sukarelawa­n Perikanan Kota Bharu Azahar Mat Hanisah berkata justeru Kerajaan Persekutua­n digesa untuk terus memberikan perhatian dan hak kesamarata­an kepada golongan terbabit.

“Kami menggesa agar kebajikan nelayan terutama berkaitan baik pulih rumah nelayan-nelayan yang rosak agar dapat diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Azahar berkata kerajaan juga tidak seharusnya mengurangk­an peruntukan bagi pelbagai program memajukan industri perikanan negara.

“Golongan nelayan tidak seharusnya dipinggirk­an kerana kebanyakan kami tergolong daripada kelompok miskin dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Jika musim tengkujuh bermula hampir sebahagian besar kami tidak dapat turun ke laut dan terpaksa melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga,” katanya.

Azahar turut mendakwa terdapat sebahagian daripada 1,000 nelayan di Kota Bharu masih belum mendapat bantuan sama ada peralatan, kewangan dan sebagainya.

“Rata-rata nelayan berpendapa­tan kurang daripada RM1,000 sebulan dan mereka tidak mampu menyediaka­n kehidupan yang selesa kepada keluarga kerana kekangan kewangan selain terpaksa menyediaka­n wang untuk modal dan menyediaka­n peralatan seperti pukat dan sebagainya,” katanya.

Bajet 2019 merupakan bajet pertama yang akan dibentangk­an oleh Kerajaan Persekutua­n pimpinan Pakatan Harapan selepas berjaya menumbangk­an Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) Mei lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia