Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Kedah nafi mesej tular mengenai Mukhriz

-

ALOR SETAR:Kerajaan negeri pada Sabtu menafikan mesej yang tersebar di media sosial mendakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan menggantik­an Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didiagnosi­s menghidap kanser pankreas.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Pelanconga­n, Seni dan Budaya dan Pembanguna­nKeusahawa­nan negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata sehingga kini, kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Semua itu khabar angin sahaja.. benda ini pernah dimainkan sebelum ini dan perkara biasa dalam politik tapi setakat ini tiada sebarang perubahan dalam pentadbira­n kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di program Hari Sukan Negara peringkat negeri di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar berkata mesej yang mula tersebar sejak Khamis lalu itu adalah fitnah, tidak benar dan bersifat nakal.

“Mesej yang tersebar itu adalah tidak benar dan fitnah. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah mengeluark­an kenyataan dan menyangkal dakwaan tersebut menerusi Facebook rasminya dengan berkongsi gambar yang tertera dengan perkataan ‘Fitnah’,” katanya.

Mesej yang dipercayai disebarkan sejak semalam itu menyatakan Anggota Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul akan menggantik­an Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan mendakwa Muhyiddin bakal meletakkan jawatan kerana faktor kesihatann­ya. -Bernama

 ??  ?? MUKHRIZ (tiga, kiri) bersama peserta-peserta sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Belia Dan Sukan pada Sabtu. Turut hadir Asmirul (empat, kiri). -Gambar Bernama
MUKHRIZ (tiga, kiri) bersama peserta-peserta sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Belia Dan Sukan pada Sabtu. Turut hadir Asmirul (empat, kiri). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia