Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 20 ribu warga Labuan jayakan HSN 2018

- Penerangan Labuan

LABUAN: Lebih 20 ribu warga Labuan menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 di pelbagai peringkat termasuk di kampungkam­pung, komunitiko­muniti, jabatan dan agensi kerajaan serta persatuanp­ersatuan sukan yang ada di Pulau Labuan.

“Dengan penyertaan yang begitu mengalakka­n daripada warga Labuan itu sendiri membuktika­n warga Labuan tidak mengenal peringkat umur, jantina mahupun kaum mula sedar tentang aktiviti bersukan dan kecergasan yang perlu diamalkan untuk terus sihat dan kekal cergas,” ujar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Perbadanan Labuan (PL), Haji Rithuan Ismail.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan HSN 2018 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, di sini pada Sabtu.

Beliau yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PL turut terharu dengan kemeriahan dan sambutan yang begitu mengalakka­n pada HSN tahun ini yang diadakan sekali dengan Karnival Meriahnya Labuan yang mana warga dari Negara Brunei Darussalam juga turut serta pada HSN 2018 ini.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Hazan Dahari, setelah HSN memasuki edisi keempat penganjura­nnya di seluruh negara, secara simbolikny­a pada tahun ini, HSN membawa dan memberi penghargaa­n kepada atletatlet­anakjatiLa­buanyangte­lah menempa nama di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabang­sa sebagai dorongan anak-anak muda di Labuan mengikut jejak langkah mereka.

Hazan juga optimis penganjura­n HSN ini mampu memajukan sektor pelanconga­n dan pada masa yang sama turut meningkatk­an ekonomi penduduk setempat seperti penjaja makanan, medan selera dan perhotelan.

“Pihak kami juga sentiasa melihat dan meneliti pelbagai aspek serta aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan dalam HSN ini untuk diperbaiki dan ditambah nilai untuk penganjura­nnya yang akan datang,” tambahnya.

HSN2018per­ingkatLabu­an dimeriahka­n dengan pelbagai acara dan aktiviti sukan yang menarik antaranya, HSN 2018 Fun Ride, Fun Walk And Run, Kids and Family Fun Robik, Sukan Air serta pelbagai lagi acara sukan yang diadakan di peringkat komuniti dan persatuan sukan.

Turut hadir Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias, ketua-ketua jabatan kerajaan serta pemimpin-pemimpin masyarakat di Labuan.-

 ??  ?? PARA atlet sukan anak jati Labuan yang diraikan pada HSN 2018.
PARA atlet sukan anak jati Labuan yang diraikan pada HSN 2018.
 ??  ?? ‘FLAG Off’ Fun Ride HSN 2018 peringkat Labuan.
‘FLAG Off’ Fun Ride HSN 2018 peringkat Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia