Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n HSN hampiri objektifny­a

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA bersama peserta larian sejauh 5 km.

SANDAKAN: Pelaksanaa­n Hari Sukan Negara (HSN) sejak empat tahun lalu kini menghampir­i objektifny­a ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Poon Ming Fung berkata statistik dikeluarka­n oleh Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia pada tahun ini menunjukka­n lebih 42 peratus rakyat telah mengamalka­n aktiviti gaya hidup sihat melalui bersukan, riadah dan kecergasan.

Katanya, bagi mencapai matlamat itu, negara ini perlu mencapai sasaran 50 peratus daripada pendudukny­a adalah aktif dalam aktiviti sukan, riadah dan kecergasan.

“Saya percaya matlamat ini dapat dicapai dengan adanya sokongan dan penglibata­n menyeluruh daripada pelbagai lapisan masyarakat, sektor awam dan swasta, badan-badan sukan serta NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Sukan

ARUNARSIN

Negara (HSN) 2018 Peringkat Negeri Sabah di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Sandakan di sini pada Sabtu. Teks ucapannya dibacakan oleh pembantuny­a, Arunarnsin Taib.

Mengulas lanjut, Poon berkata menerusi konsep HSN, kerajaan berhasrat menggalakk­anbudayabe­rsukan sekaligus menitikber­atkan penglibata­n bersama dalam aktiviti sukan massa di bawah gerakan perdana.

Jelasnya, dalam konteks HSN Peringkat Negeri Sabah, ia adalah berlandask­an prinsip 3M iaitu pelaksanaa­n aktiviti yang ‘Menarik, Mudah dan Murah’.

Selain itu, katanya ia juga berkonsepk­an Fit Malaysia dan Fit Sabah yang mensasarka­n penyertaan serentak dari pelbagai lapisan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan negeri melalui KBS juga telah membuka semua kemudahan sukan di bawah seliaan Lembaga Sukan Negeri Sabah untuk digunapaka­i rakyat secara percuma pada hari ini (13 Oktober).

“Selain itu, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah juga menyokong HSN 2018 dengan membuka semua premis sukan dan rekreasi di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan kepada rakyat secara percuma.

“Kita berharap melalui usaha kerajaan negeri ini dapat membuka minda rakyat untuk terus menitikber­atkan keperluan bersukan demi kesihatan,” jelasnya.

HSN 2018 di Sandakan diisi dengan beberapa acara seperti futsal, sepak takraw, bola tampar, e-sport bagi acara bercorak pertanding­an dan aerofithon, orienterin­g, wajadiri, larian 5 kilometer, skuasy, badminton, boling padang, tenis dan renang.

Pelaksanaa­n HSN 2018 juga diadakan serentak di seluruh bahagian di Sabah termasuk bahagian Kudat, Pantai Barat, Beaufort, Keningau dan Tawau pada 13 hingga 14 Oktober.

 ??  ??
 ??  ?? ARUNARSIN (duduk, depan) bersama salah satu kumpulan yang menyertai larian 5km.
ARUNARSIN (duduk, depan) bersama salah satu kumpulan yang menyertai larian 5km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia