Utusan Borneo (Sabah)

Syabas atlet para Sabah

Sumbang satu emas, dua perak dan satu gangsa Sukan Para Asia Jakarta 2018

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pencapaian atlet para Sabah pada edisi ketiga Sukan Para Asia Jakarta 2018 (6-13 Oktober) diharap menjadi inspirasi bukan sahaja kepada atlet para lain tetapi juga atlet normal negeri ini.

“Kita tahu tahap sukan empat tahun sekali ini sangat tinggi kerana ia melibatkan penyertaan atlet bertaraf dunia. Ia adalah sukan kedua terbesar selepas Sukan Paralimpik dan jaguh-jaguh dunia banyak dari Asia.

“China, Jepun dan Korea Selatan berada dalam kelompok 10 teratas Sukan Paralimpik Rio 2016. Dengan negara-negara inilah juga kita bersaing di Sukan Para Asia. Sebab itu, kita amat bangga dengan pencapaian atlet kita menyumbang­kan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa untuk Malaysia,” kata Pengarah Majlis Sukan Negeri

(MSN) Sabah Terrance Edward Pudin ketika dihubungi pada Sabtu.

Pingat emas disumbangk­an Eddy Bernard dalam acara lompat jauh lelaki kategori T44, T62/64 (cacat anggota kaki) pada Jumaat.

Atlet berusia 17 tahun dari Beluran itu mencatat jarak lompatan 6.30m pada percubaan kelima meningggal­kan Maththaka Gamage Nuwan (Sri Lanka) dengan pingat perak (6.09m) dan wakil tuan rumah, Rasyidi Rasyidi dengan gangsa (6.05m).

Lompatan Eddy itu juga merupakan rekod baharu kejohanan dan mengatasi catatan peribadi terbaiknya 5.76m yang dilakukan semasa Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Pingat perak dimenangi Didin Taresoh dalam acara badminton perseorang­an lelaki kategori SS6 (kerdil) dan Jonathan Wong Kar Gee dalam acara lompat

jauh lelaki

RAKAN sepasukan meraikan pingat ke-15 iaitu sasaran Malaysia pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 yang dimenangi Eddy (memegang kad angka 15).

kategori T12 (masalah penglihata­n). Bertarung dalam keadaan sakit selepas mengalami demam panas sehari sebelumnya, Didin terpaksa akur hanya berpuas hati dengan pingat perak apabila kalah 13-21, 17-21 kepada pemain Hong Kong Chu Man Kai di final pada Khamis.

Jonathan juga hanya berpuas hati dengan pingat perak selepas hanya mencatat jarak lompatan 7.05m manakala pingat emas dimenangi Saliev Doniyor (Uzbekistan) dengan catatan 7.22m dan gangsa dimenangi Khosravani Amir (Iran - 7.01m).

Pingat gangsa pula dimenangi Doriah Paulus dalam acara lontar perluru wanita kategori F43/44, F62/64 (masalah kaki) dengan catatan 9.33m.

Doriah tewas kepada dua atlet China di mana emas dimenangi Yao Juan dengan catatan 11.03m manakala Yan Yue menang pingat perak dengan lontaran sejauh 10.20m.

“Atlet para kita ini membuktika­n bahawa dengan kesungguha­n dan usaha gigih mereka juga mampu menggalask­an tugasan negara dan menyumbang­kan pingat. Saya fikir ini juga merupakan lembaran baru bagi sukan atlet para kita di Sukan Para Asia.

“Pujian kita juga buat mereka yang gagal menang pingat. Terpilih mewaikili negara ke kejohanan berprestij seperti ini juga sudah satu pencapaian,” kata Terrance.

Sabah mempunyai sembilan atlet dalam kontinjen negara pada kejohanan yang berakhir semalam itu.

Atlet Sabah itu terdiri daripada Jonathan, Doriah, Eddy, Didin, Adderin Majurin, Jacklon Ganding, Ramli Rahim, Lidwina Isidore dan Haswadi Moliadi.

Terrance juga berharap akan ada atlet parra Sabah yang akan terpilih membawa cabaran negara ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 ??  ?? EDDY selepas meraih pingat emas acara lompat jauh lelaki kategori T44, T62/64 (cacat anggota kaki) Sukan Para Asia Jakarta 2018 pada Jumaat. JONATHAN WONG KAR GEE
EDDY selepas meraih pingat emas acara lompat jauh lelaki kategori T44, T62/64 (cacat anggota kaki) Sukan Para Asia Jakarta 2018 pada Jumaat. JONATHAN WONG KAR GEE
 ??  ?? DORIAH PAULUS DIDIN TARESOH
DORIAH PAULUS DIDIN TARESOH
 ??  ??
 ??  ?? TERRANCE (kanan) dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) bersama Eddy (tengah). Saddiq dan Terrance datang awal pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 untuk memberi sokongan moral kepada atlet negara.
TERRANCE (kanan) dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) bersama Eddy (tengah). Saddiq dan Terrance datang awal pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 untuk memberi sokongan moral kepada atlet negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia