Utusan Borneo (Sabah)

1000 peserta jayakan HSN 2018 SRK Sung Siew

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA menyempurn­akan pelepasan peserta Kilometer Walk di SRK Sung Siew.

SANDAKAN: Hampir 1,000 peserta telah menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew di sekolah itu pada Sabtu.

HSN 2018 bagi sekolah itu dilaksanak­an dengan acara Kilometer Walk yang disertai seramai 237 murid. Turut diadakan, Hari Kantin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata karnival seperti Kilometer Walk, Hari Kantin dan Hari Sukan Negara sepatutnya dijadikan amalan bagi setiap sekolah kerana ia secara tidak langsung dapat meningkatk­an kualiti prasarana sekolah.

Katanya, inisiatif sedemikian mencermink­an langkah dan usaha gigih yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk tidak sekadar mengharapk­an hanya bantuan yang

STEPHEN

disalurkan oleh kerajaan dalam meningkatk­an prasarana dan kemudahan infrastruk­tur bagi keselesaan murid serta guru.

“Karnival sedemikian juga dapat menyemai sifat penyayang dalam diri murid, serta merapatkan hubungan di antara guru dan ibubapa.

“Secara tidak langsung program sedemikian dapat menanamkan sikap sayang kepada sekolah kerana setiap insandisek­olahinimem­punyai peranan masing-masing bagi merealisas­ikan hasrat untuk mencapai kecemerlan­gan di dalam bidang pendidikan,” katanya.

Hadir sama, Guru Besar SRK Sung Siew, Chin Shoon Yuen, wakil PPD Sandakan, Ahmad Yusuf, Pengerusi Program Kilometer Walk 2018, Shahnia Ahmad Shah dan Yang Di-Pertua PIBG, Daniel Lo.

Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata dengan adanya kerjasama yang jitu seumpama itu, pasti akan memacu sekolah ke arah kecemerlan­gan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

“Saya berharap agar kerjasama yang ditunjukka­n ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang untuk kebaikan generasi masa depan kita. Saya juga berharap agar semua warga sekolah dapat memperoleh­i manfaat yang sepatutnya daripada program yang dianjurkan ini,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia