Utusan Borneo (Sabah)

18 penulis menang Hadiah Sastera Sabah 2016/2017

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

SAAT yang ditunggu-tunggu golongan penulis di negeri ini akhirnya tiba apabila keputusan Hadiah Sastera Sabah 2016/2017 diumumkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Sabah) melalui emelnya pada Rabu.

Ruhaini Matdarin sekali lagi mencatat namanya dalam tinta emas apabila novelnya “Sayembara” terpilih untuk memenangi Hadiah Sastera Sabah 2016/2017 bagi kategori Novel Dewasa.

Sayembara adalah novel terbitan DBP pada tahun 2017, layak memenangi hadiah bernilai RM3,000.

Beliau juga menang kategori cerpen eceran melalui cerpen “Permainan” yang terbit di Majalah Dewan Sastera pada Dis 2016. Hadiah untuk cerpen eceran bernilai RM1,000.

Sementara itu, Novel “Helaian Linangkit’ terbitan DBP 2016, membawa tuah kepada penulisnya Dayangku Mastura Pangeran Ismail apabila terpilih memenangi Kategori Novel Remaja. Hadiah untuk novel remaja bernilai RM2,000.

Dayangku Mastura juga menang melalui cerpen “Berkawal di Puncak Kinabalu”. yang termuat dalam antologi cerpen Cerita Sebuah Perjuangan (2017).

Bagi kategori Kumpulan Cerpen, Witer Gunik menang melalui antologi “Mencari Bayang Adelaide” terbitan DBP tahun 2017. Beliau layak menerima hadiah bernilai RM2,000. Beliau juga menang melalui cerpen “Apung” yang termuat dalam antologi Tangon terbitan tahun 2016.

Kumpulan puisi Jelita Seorang Aisyah karya Hajah Sahara Jais terbitan ITBM 2016 terpilih memenangi kategori Kumpulan Puisi. Karya itu memenangi hadiah RM2,000.

Sementara itu, Datuk Jasni Matlani meneruskan legasinya apabila sekali lagi terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Sabah 2016/2017. Beliau menang kategori cerpen eceran melalui cerpen “Bintang Tujuh dan Halimunan” yang tersiar dalam Dewan Sastera Mei 2016. Beliau juga menang kategori puisi eceran melalui puisi “Tentang Pertemuan” yang tersiar dalam antologi Puisi Menata Zaman tahun 2017. Pemenang puisi eceran akan menerima hadiah bernilai RM750.

Penulis Juri Durabi juga menang melalui cerpen “Hari Yang Bergelar Kematian” yang terbit di Mingguan Malaysia 12 Mac 2017. Puisinya “Mencari Rahsia dari Segala Rahsia” yang terbit di Utusan

Borneo pada 26 Jun 2016 terpilih sebagai salah seorang pemenang puisi eceran.

Cerpen “Tiada Lagi Tudung Duangmu Eyang” karya Yatim Ahmad yang terbit di Utusan Borneo 19 Jun 2016 terpilih memenangi kategori cerpen eceran. Sebuah lagi karyanya, “Pada suatu perjalanan ke luar kota, kita temukan jawapan jawapan atas nama kesedaran” juga terbit di Utusan Borneo

14 Mei 2107 terpilih sebagai salah seorang pemenang puisi eceran.

Pemenang lain ialah Kathrina Tati Sitaim melalui cerpen “Hati Batu” yang terbit di Majalah Wadah April 2016, Noraini Osman melalui cerpen “Lepas” terbitan New Sabah

Times 3 Disember 2016.

Dua nama baru yang menang ialah Nasiruddin Hassan melalui cerpen “Sayap ke Masa Lalu” terbitan Harian Ekspress 18 Disember 2016 manakala Nelson Dino menang melalui karyanya “Langan Dundang” terbitan Utusan Borneo 25 Disember 2016.

Seorang lagi penyair yang terus mengekalka­n rekod cemerlang dalam HSS ialah Sukor Husin atau Hasyuda Abadi yang menang melalui puisi “Memiliki Rupa” yang terbit di Utusan Borneo pada 4 Jun 2017.

Sementara itu, Norjanna Mohd Adnan menang melalui puisinya “Simponi Perkasihan” yang terbit di New Sabah

Times pada 17 Jun 2016. Mabulmaddi­n Haji Shaiddin menang melalui puisinya “Merias Diri” terbitan

Wadah April 2016 manakala Haji Marmoh Kasman menang melalui puisi “Kembalilah” terbitan New Sabah Times

10 Januari 2016. Puisi “Memeluk Dunia” karya Noor Aisyah Maidin yang terbit di

Utusan Borneo 9 Jun 2017 juga terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Sabah.

Jamail Masador menang kategori puisi eceran melalui karyanya “Bersamamu Meranting Rindu” yang terbit di

Harian Ekspress pada 24 September 2017 manakala Raymond Majumah menang melalui puisi “Emas Ingatan” yang terbit melalui antologi Puisi Serumpun Sekata pada tahun 2017.

Bagaimanap­un tiada pemenang untuk kategori Esei Kritikan dan Kategori Skrip Drama bagi HSS 2016/2017.

 ??  ?? NELSON
NELSON
 ??  ?? YATIM
YATIM
 ??  ?? NOOR AISYAH
NOOR AISYAH
 ??  ?? JURI
JURI
 ??  ?? JASNI
JASNI
 ??  ?? HASYUDA
HASYUDA
 ??  ?? SAHARA
SAHARA
 ??  ?? JAMAIL
JAMAIL
 ??  ?? MABULMADDI­N
MABULMADDI­N
 ??  ?? WITER
WITER
 ??  ?? DAYANGKU MASTURA
DAYANGKU MASTURA
 ??  ?? RUHAINI
RUHAINI
 ??  ?? RAYMOND
RAYMOND
 ??  ?? NORJANNA
NORJANNA
 ??  ?? KATHRINA
KATHRINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia