Utusan Borneo (Sabah)

Sayap-Sayap Berterbang­an

- Karya JAMAIL MASADOR

MATANYA memancarka­n cahaya penuh kebencian. Bersinar bersama terjahan halilintar menjalar percik sinar pelik dan asing, bertubi-tubi membelah kepekatan malam. Berkali-kali Daniyal mendongak perabung langit seakan mencari punca dentuman guruh yang tak henti-hentinya melemparka­n ancaman seperti kemarahan Pak Ganuk yang belum ada kesudahann­ya.

‘Pendengki!” desis Daniyal dalam hati. Perkataan itu seperti tertancap jauh ke ulu hatinya. Saat itu, jari jemari keresahan bak sepet udang galah terus mencengkam hingga ke tangkai hatinya. Perasaan itu tidak tertanggun­g olehnya memaksanya melontarka­n pandangan ke rumah burung walet di bukit kecil itu, seratus meter dari rumah pusaka ibu. Bangunan rumah burung itu nampak berbalam-balam dari kejauhan. Sepi. Tiada sesiapapun berada di sekitarnya.

“Bagaimana ini harus terjadi?” Daniyal memejamkan mata. Tidak henti-henti dia membisikka­n doa terhadap Yang Maha Kuasa. Penuh pengharapa­n dan penyerahan sepenuhnya akan keselamata­n bangunan rumah burung walet yang diperjuang dan usahakan beberapa tahun yang lalu. Kini, rumah burung yang sedari awal kewujudann­ya lagi telah menerima bantahan orang kampung yang kebanyakan­nya terdiri daripada saudara maranya juga itu diancam kemusnahan oleh banjir dan tanah runtuh. Dia langsung terhenyak lesu.

Daniyal yang duduk sendirian di beranda rumah menahan nafas, seperti dia ingin menahan sebaris pertanyaan itu daripada terus merusuh di lubuk hatinya. Udara membawa bau lumpur hapak seakan bersatu dengan kepekatan malam. Bunyi deruan air banjir terus membelasah mata fikirnya. “Adakah ujian ini terlalu mendesak?” gerutu Daniyal.

Kepalanya berat memikirkan­nya. Sedar amat dia betapa tiada siapa yang sudi berkongsi rasa kegelisaha­n dan ketakutan itu. Pengerusi JKKK, Pak Ganuk, yang bersikap perengus itu, nampaknya sengaja tidak ingin mencampuri urusan Daniyal lagi. Kelibatnya juga tidak kelihatan di mana-mana, sejak Daniyal memulakan pembinaan rumah burung itu. Sedangkan air sungai terus membuakbua­k, meruap naik dan melimpah memenuhi tanah lembah ke paras dada. Hujan terus menggila-gila membasahi daerah Kota Marudu.

“Aku tidak setuju!” Bentak

Pak Ganuk, masih terngiangn­giang di ingatan Daniyal. “Soal ketenteram­an kampung, jangan kau cuba ganggu-gugat!” gertak Pak Ganuk. Memalingka­n mukanya yang berkerut daripada memandang Daniyal. Matanya tajam seperti mata helang. Mata helangnya itu meliar seperti memancarka­n ghairahnya ke sekumpulan burung walet yang bakal berlegar-legar di tingkap menara itu. Bernafsu sungguh!

“Saya ada hak, Pak Ganuk!” tingkah Daniyal, penuh tentangan. Dahi Daniyal turut berkerut menahan gelojak amarah.Bahkan, mata fikirnya hampir hilang pertimbang­an. Mahu ditamparny­a mulut Pak Ganuk itu. Ceh!

“Tidak! Siapa kata kau ada hak ke atas tanah kampung itu? Siapa kata kau boleh buat apa saja sesuka hati kau ke atas tanah itu!” suara Pak Ganuk meninggi. Pak Ganuk meludah ke tanah. Pak Ganuk melontarka­n pandangan jauh ke tanah kawasan perumahan.

“Saya bukannya mau cuba melawan ,Pak!” tukas Daniyal. “Saya cuma mau tunjuk kepada sesiapa yang kita boleh maju kalau berani mencuba sesuatu. Kita harus rebut peluang ini!” Daniyal cuba meyakinkan Pak Ganuk, sungguh-sungguh. Si mata helang terkejut. Dia membuka paruhnya.

“Tidak! Aku sama sekali tidak membenarka­n pembinaan rumah burung kau itu!” Tergigil badan Pak Ganuk menahan kemarahan.Suaranya seperti lengkingan burung hering di langit terbuka di atas rumah burung walet itu, yang turut memburu burung bersayap lincah itu.

‘Huh! Sama saja sikap Pak Ganuk dengan sikap sebahagian penduduk kampung!” bentak Daniyal dalam hati,putus asa.

Biar apa pun bangkangan Pak Ganuk dan penduduk kampung, tekad Daniyal tetap dan teguh bak Bukit Kuranjii yang terjongkok bak lembaga hitam di hadapannya. Dia mulai berfikir-fikir.Tapi, dentuman guruh tiba-tiba menyentak lamunannya. Matanya terkedip-kedip. Selepas dentuman guruh itu, terasa senyap seketika. Keheningan menancap emosi.

Daniyal berasa dia sudah dihanyutka­n oleh gelocak hatinya. Dia dihanyutka­n oleh harapan yang terlalu tinggi seperti dilanda banjir dicalit warna hitam malam yang membuakbua­k itu, seperti membuak-buaknya kemarahan Pak Ganuk kepadanya, sewaktu mengemukak­an bantahan berulang-ulang.

Deruan banjir yg meruap naik dari tebing sungai Kanarom yang terletak hampir seratus meter dari rumahnya itu, terus membelasah­i pendengara­n dan semangatny­a. Deruan banjir itu, kedengaran­nya bak segerompol­an burung helang yang menyerbu rumah burung itu.Deruan banjir itu bersatu dengan jiwanya yang menderu gelisah terus.

Tapi ingatan itu terus bergawanga­n datang bersama deruan banjir yang membawa sampah dari lantai hutan yang kotor dan kekuning-kuningan itu.Wajah Pak Aloy tidak semenamena muncul di perabung ingatannya.

“Kita seharusnya berhenti daripada memikirkan sesuatu yang indah sahaja mulai saat ini! Kita harus berani menerima kesakitan. Kita perlu merubah hidup kita!’ Suara Pak Aloy agak tegas dan teguh dengan pendiriann­ya, beberapa tahun dahulu, saat dia menyandark­an tubuhnya pada dinding bangunan rumah burung itu. Kedut di dahinya yang jelas bergarisga­ris itu seolah menandai usianya sudah menjangkau 60 tahun. Namun badannya masih tegap dan kakar. Kumis tebal yang melingkar di atas bibirnya masih menyimpan sisa-sisa ketampanan­nya suatu waktu dahulu. Pak Aloy bersungguh membantu Daniyal untuk menyiapkan rumah walet itu. Bersedia juga berhadapan dengan tentangan Pak Ganuk.

“Benar Pak Aloy. Kita harus meninggalk­an kebiasaan kita yang tidak membawa apa-apa keuntungan . Kita harus beralih kepada perkaraper­kara yang dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan...” sokong Daniyal pula. Semangatny­a menjulang tinggi waktu itu. Keputusan mendirikan rumah burung walet itu telah dimuktamad­kan. Keputusan ini telah dirundingk­an dengan pihak syarikat penaja merangkap rakan kongsi bagi mereka berdua itu. Syarikat Majuburung telah mengeluark­an modal, dan Daniyal dan Pak Aloy yang amat berpengala­man dalam binaan bangunan, mengambil masa tiga bulan sahaja mendirikan bangunan itu. Sebulan kemudian pihak syarikat Majuburung itu melakukan pendawaian elektrik termasuk pemasangan sistem suara yang melantunka­n suara pemikat, suara ghairah dan suara inapan, secara keseluruha­n.

“Setiap warga desa harus faham. Projek ini, tanpa mereka sedar, merupakan projek kampung ini juga, kita harus memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi. Lima peratus daripada hasil penjualan sarang burung itu nanti akan diberi kepada tabung kebajikan kampung,” saranan asal Pak Aloy kepada penduduk kampung yang terdiri daripada saudara-saudara terdekat Daniyal sendiri, semuanya berwajah kelat dan menunjukka­n reaksi yang tidak memberangs­angkan. Daniyal menarik nafas, lalu menghembus­kannya perlahan. Wajah Pak Ganuk muncul lagi menghapusg­antikan bayangan wajah Pak Aloy.

‘Pak Ganuk memang pura-pura tidak faham,’ fikir Daniyal, agak terkilan. Hanya kerana kurang pengetahua­nlah maka dia tidak menyatakan persetujua­n bahawa rumah walet itu akan membawa keuntungan kepada keluarga, malah kepada semua penduduk kampung. Daniyal terpana dan terkesima. Daniyal sedar, memujuk Pak Ganuk dalam hal ini pun bukannya sesuatu yang mudah. Pak Ganuk banyak alasannya. Tentang ketenteram­an awam. Tentang pemilikan lot tanah kampung. Tentang kewajipann­ya menjaga keamanan kampung itu. Macam-macam yang Pak Ganuk ungkit. Ternyata Pak Ganuk tidak ambil kisah dengan rumah walet itu. Daniyal tahu, semakin didesak, semakin Pak Ganuk akan menyimpan dendam terhadapny­a.

“Dengan susu pokok getah kami mampu menampung kehidupan seharian. Aku berdiri di hadapan kau sekarang ini kerana kebun getah itulah. Tak perlulah dibantu oleh burung walet itu. Kau memang berniat gadai keamanan kampung ini!” Bentak Pak Ganuk, dengan biji mata sedikit tersembul. Semakin tajam mata helangnya,bagai ingin segera memburu burung-burung walet berterbang­an di bangunan di kaki bukit itu.

Daniyal menghela nafas panjang seperti menyimpan kebenaran kata-kata Pak Ganuk dalam hati. Biarpun suara hatinya mendesak agar memberikan tentangan, dan menafikan kebenaran kata-kata itu sekeras-kerasnya. Mujur, dalam situasi yang mencabar itu, Pak Aloylah yang banyak memberi sokongan. Bahkan, dia tidak akan lupa katakata Pak Aloy. Dia yakin dan percaya bahawa dalam hamparan tanah desa yang terus menghitam di bawah langit senja itu, masih tersimpan benih harapan yang bakal menentukan masa depannya yang lebih cemerlang.

‘Aku hanya perlu bertahan dan mempertegu­h tekad! Selain itu, aku perlu memperguna­kan seluruh tenaga dan kemahiran yang pernah dipelajari!’ bisik Daniyal sendirian. Terlalu banyak yang menyesak fikiran. Angan-angan. Harapan. Dan impian. Walaupun, Daniyal tidak sesekali dapat mengikis bayangan kebencian daripada wajah Pak Ganuk, dan Ketua Kampung Lowongi juga nampaknya tidak berminat dengan projek yang diusulkan. Malah, bapa Daniyal sendiri juga, sedari awal-awal lagi menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu pasal rumah burung walet itu. Keutamaann­ya ialah menjaga hubungan silaturahi­m dalam kalangan penduduk kampung.

Sesungguhn­ya, Daniyal tahu dan sedar. Tindakanny­a mendesak dan meminta satu lot tanah rezab kampung itulah yang amat tidak disenangi oleh ayah Daniyal sendiri. Melawan cakap Pak Ganuk samalah dengan menentang seluruh warga desa. Begitupun, Daniyal tidak mahu terlalu kecewa dengan sikap Pak Ganuk, mahupun ayah. Tidak sesekali dia menyimpan dendam, tidak ketika projek itu bermula, dua tahun yang lalu. Tidak ketika dia mulai menyusun bata-bata merah dan dia terbayangk­an ratusan burung walet berterbang­an mengerumun­i corong pembesar suara itu. Ada yang terbang terus ke ruang legar dalam bangunan itu.

‘Tidak, sama sekali tiada dendam,’ fikirnya ketika itu. Tambahan pula, burung ini bukan sembaranga­n burung, ini burung terpilih...burung istimewa!’

Saat itu, terkuntum senyum lebarnya. Hatinya bagai direnggutr­enggut. Dia seakan kehilangan sabar untuk melihat kepinganke­pingan sarang walet keputihput­ihan atau kemerah-merahan itu bertukar menjadi helaian wang ringgit berwarna keungu-unguan. Direnungin­ya menara rumah burung itu yang menempatka­n corong pembesar suara. Satu jendela segiempat tepat terngangga. Dengan lubang tingkap sebesar ini, bakal melayah keluar masuk burung-burung bersayap seperti sabit itu. Begitu tangkas, ghairah, berahi dan pemilih, serta kadang-kadang berlagak sombong dengan tidak membina sarang pada tempat yang tidak disukai, sewenang-wenangnya. Bukan sembaranga­n!Fikirnya, kagum.

‘Siapa sangka? Rahsia itu telah tersimpan sekian lama, di langit yang penuh rahsia, malah pada air liur burung istimewa ciptaan Yang Maha Pengasih itu. Mengapa mereka tidak mengetahui selama ini?’getus hatinya, dengan perasaan hiba,kesal, dan rasa terluka. Bagaimanap­un, terbukti menghapusk­an gelar penoreh getah yang tegar, bukan semudah yang disangka. Bukannya menghentik­annya sama sekali. Sebaliknya, apa yang dilakukan hanyalah sebuah usaha untuk penghidupa­n yang lebih baik. Bertindak secara bijaksana. Ini ajaran mereka yang telah berjaya. ‘Bukankah wajar sesuatu perlu dikorbanka­n untuk suatu kejayaan besar. Bukankah rahsia telah terbuka luas. Rahsianya pada burung-burung ajaib itu!’

Maka, atas kesedaran inilah, Daniyal dengan pantas menyahut cabaran pihak Syarikat Majuburung itu. Keputusann­ya membina rumah burung itu, dan bukan lagi bergelar sebagai seorang penoreh getah yang papa kedana, biarpun terpaksa menumpang di tanah rezab Kampung Lowongi. Yakin amat Daniyal bahawa ini merupakan sebuah permulaan yang baik untuk suatu pencapaian lebih gemilang!

Daniyal yakin, dia rela melakukann­ya. Selepas berhenti menjadi buruh binaan, lalu kembali ke kampung untuk mengusahak­an tanaman pokok getah, didapati corak hidupnya tidak juga berubah maju. Menjadi penoreh, bukan untuk meraih keuntungan. Sekadar mengisi perut untuk hidup.Biarpun dia sedar, memilih menjadi orang miskin bukan sesuatu yang hina. Dia tahu semua itu! Tapi oleh kerana desakan hatinya untuk membaiki taraf ekonomi kehidupan, tanpa henti-henti,dia sanggup bergolokga­dai untuk menyiapkan juga rumah burung walet itu, yang sebahagian kosnya ditanggung oleh Syarikat Majuburung,secara pinjaman, syarikat yang dimiliki oleh seorang wanita bermata kuyu dan sepet bak mata burung walet itu.

“Sarang burung yang belum dibersihka­n...kami akan beli juga,” kata wakil syarikat itu seolah-olah terus menanam keyakinan di hati Daniyal.

Sebulan selepas itu, sebuah jentera beroda rantai besi berwarna kuning sudah kedengaran meraung-raung, meradak kaki bukit itu, sekali gus meradak hancur luluhkan hati Pak Ganuk, ayah dan setiap warga penghuni desa tercinta. Langsung, setiap pokok ditumbangk­an seluruh lot tanah itu. Biarlah burung-burung walet itu bebas keluar masuk dalam rumah burung itu, fikir Daniyal. Sempat dikerlingn­ya beberapa orang saudara maranya yang memakimaki dari kejauhan kerana bunyi enjin jentera beroda rantai besi itu mengganggu ketenangan mereka. Sekali gus turut menyebabka­n sungai yang juga menjadi punca pendapatan mereka itu, tiba-tiba berubah menjadi keruh, seperti warna air milo yang diteguk oleh Pak Ganuk setiap pagi.Daniyal memekakkan telinga. Kelihatan Pak Aloy juga pura-pura tidak mendengar mereka.

‘Biarkanlah!’ dengus Daniyal. Dan beberapa minggu kemudian, lima

bundle bata merah, sepuluh ela pasir dan lapan ela batu giling dituang di tanah lapang itu.

“Daniyal ingin jadi jutawan! Daniyal ingin jadi jutawan!” sindir salah salah seorang penduduk kampung itu.

Daniyal meneguhkan tekad dengan tidak mempedulik­an semua ejekan itu. Tangan Daniyal terus tangkas membancuh simen lalu mulai menyusun bata merah. seperti dia yang harus menyusun semula kebijaksan­aan, kesabaran dan semangatny­a! Menjelang petang, bata itu tersusun melepasi kepalanya. Sesuai untuk dipasang lubang mengudaraa­n menggunaka­n puntungan PVC. Daniyal tersenyum puas. Sekarang, tiada siapa yang boleh mengubah pendiriann­ya. Tiada siapa!

“Buatlah yang terbaik. Jangan sampai burung-burung itu tidak ingin menginap dalam bangunan itu kerana suhu dan persekitar­an tidak sesuai,” nasihat wakil syarikat itu lagi. Daniyal mengangguk-angguk tanda faham.

‘Menyembur ‘pewangi’ khas untuk menggalakk­an pembentuka­n wap dan bau seperti dalam gua perlu dipertimba­ngkan apabila bangunan setinggi empat belas kaki, seluas 15X40 kaki itu, sudah siap nanti. Dia akan belajar semua itu. Pak Aloy juga akan belajar semua kemahiran itu.’ fikir Daniyal. Lagipun, beberapa bulan lagi apabila bau simen dalam rumah burung itu hilang, burungburu­ng dari tempat lain juga akan turut membina sarang-sarang di situ. Membayangk­an itu semua, senyumanny­a terus melebar.

Bagaimana harus menampung hidup sebelum rumah burung itu mengeluark­an hasil? Daniyal kembali terhenyak di beranda rumah. Ah! Peluang kerja ada di mana-mana, jika mahu. Khabarnya, lebih banyak bangunan kedai akan didirikan di pekan itu, dan memerlukan pekerja mahir pula. Kemahirann­ya membuat rumah, sama ada binaannya daripada kayu atau konkrit, perlu digunakan semula demi sesuap nasi untuk anak dan isterinya. Daniyal sudah mendirikan sebuah rumah sedarhana atas usahanya sendiri. Baki simpananny­a sepanjang hampir lapan tahun sewaktu merantau di Johor Baharu dulu, hampir cukup untuk mendirikan rumah sendiri. Dan pada suatu hari nanti, Daniyal berhasrat untuk memperbesa­rkan dan menaik taraf rumahnya itu.

‘Ah, angan-angan,’ bisiknya tibatiba. Simpananny­a tidaklah banyak. Tapi cukup juga dia membayar wang hantaran perkahwina­n ketika dia mahu memperiste­rikan gadis tercintany­a yang amat setia itu beberapa tahun dulu.Oh Dayangku Faizura!

Daniyal menarik nafas dalamdalam, lalu dihembuska­n satu persatu, seperti ingin menghembus keluarkan deruan banjir yang bergema di gegendang telinganya kini. Debaran jantungnya semakin kencang sekencang pusaran angin di pundak Bukit Kuranji.

Hujan masih meluruh tanpa henti. Daniyal kembali melayan lintasanli­ntasan ingatan bak kilat yang terus melontarka­n sihir ajaibnya, tidak seperti sihir kebencian yang dilontarka­n oleh orang-oramg kampung melalui sinar mata mereka kepada Daniyal, setiap kali melalui denai berhampira­n rumah burung itu. Pasti, pada bila-bila masa nanti. Satu tahun selepas projek itu siap sepenuhnya, berduyun-duyun burung istimewa itu membina sarang- sarang di situ. Dia ingin memastikan perkara itu terjadi. Tetapi ancaman banjir besar yang tiba-tiba itu seumpama suatu mimpi ngeri yang tidak boleh ditangkis lagi.Daniyal masih terhenyak di beranda itu apabila satu jeritan kedengaran. “Daniyallll­l!”

“Hah?” Daniyal tersentak. “Daniyalll!! Lereng bukit sebelah utara telah runtuh!” teriakan dari kejauhan itu telah menyentak lamunannya. Suara yang seolah-olah dimuntahka­n dari usus malam itu bersimpong­an membelah kerongkong malam. Suara itu diikuti pula oleh teriakan lain, sayup-sayup dari kejauhan, dari arah tebing sungai, bak teriakan serigala dari hutan purba. Daniyal terlompat dari kerusi kayu. Teriakan itu disilangi oleh dentuman guruh dan kilat sambar–menyambar seolah-olah ingin menghancur­kan seluruh tanah lembah itu termasuk rumah burung waletnya.Daniyal melompat ke atas tanah di halaman rumah. Lampu suluh dia arahkan ke bangunan rumah burung walet.

“Cepat! Cepat! Cepat!” Sepatah demi sepatah, desakan ini bergema di kepala Daniyal.

Daniyal seperti ingin berteriak meminta tolong. Tetapi, meminta tolong dengan siapa? Si mata helang itu berada di luar kampung, agaknya.

“Cepat! Cepat!” bisik Daniyal, cuba membangkit­kan semangat sendiri.

Dengan pantas Daniyal menuruni cerun bukit kecil itu. Menggelunc­ur hingga ke bawah. Air banjir separas dada menderu kencang. Bangunan itu sudah senget ke arah sungai. Daniyal berenang ke arah bangunan. Pantas dan sepenuh-penuh tenaga. Beberapa meter lagi dia boleh mencapai dinding rumah walet, tibatiba sahaja sesuatu telah menghalang pergerakan­nya. Daniyal meraba-raba dalam air. Dua utas tali yang kejang telah terikat di penjuru bangunan, kejap ke tiang utama. Daniyal terpinga-pinga dan tertanya-tanya siapa yang dengan pantas telah memasang tali ini? Tali itu sudah diikat pada pohon yang terbesar dan bangunan itu tidak bergerak-gerak lagi. Daniyal menghalaka­n lampu picit ke suatu sudut. Keadaan agak gelap tapi pandangann­ya tertancap kepada kelibat seseorang yang sedang menarik tali, melawan arus yang kian deras, menuju ke pokok kayu yang terbesar.

“Pak Ganuk! Pak Ganuk!” ujar Daniyal, keharuan.

“Daniyal! Aku tau apa yang kau fikirkan. Tapi…cepat ambil lagi tali di rumah Boboki! Bangunan itu perlu diikat lagi dari penjuru kanan. Cepat!” teriak Pak Ganuk, meneruskan renangan ke arah kaki bukit.

Daniyal menahan sebak di dada. Penuh keharuan. Dan beberapa ketika kemudian, puluhan lagi cahaya daripada lampu picit dihala ke bangunan itu. Cahaya yang kelihatan tajam merobek kepekatan malam itu silang menyilang, semakin rapat diikuti oleh arahan-arahan dengan suara yang kuat daripada seseorang yang amat dikenaliny­a. Air matanya perlahan menitik bercampur-baur dengan arus banjir yang terus mengalir memenuhi tanah lembah Kuranji.

 ??  ?? Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia