Utusan Borneo (Sabah)

Seni tumbuhan dalam balang kaca jana pendapatan sampingan

-

KEINDAHAN tumbuhan berlumut yang menghiasi taman rekreasi telah mencetuska­n idea kepada seorang penggiat seni

‘terrarium’ Abdul Aziz Majid untuk mendalami seni tanaman itu.

Abdul Aziz, 56, berkata idea berkenaan timbul apabila beliau terlihat kewujudan tumbuhan itu ketika mengunjung­i kebanyakan taman rekreasi dalam negara.

“Saya terfikir alangkah baik jika dapat menterjema­hkan keindahann­ya dalam balang berkaca.

Tumbuhan berlumut tersebut menjadi inspirasi kepada saya bagi mendalami seni tanaman tersebut bukan sahaja sebagai hobi bahkan sumber pendapatan sampingan di mana saya pernah memperoleh lebih daripada RM2,000 melebihi pendapatan kerja tetap saya,” katanya ketika ditemui Bernama.

Terrarium adalah suatu medium yang diperbuat daripada kaca atau plastik lutsinar yang diisi dengan tanaman menyerupai persekitar­an alam yang sesuai untuk dekorasi.

Bermula sebagai satu hobi serta koleksi peribadi untuk kepuasan diri sendiri, beliau turut berkongsi hasil karyanya di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Susulan itu ‘terrarium’ yang dihasilkan beliau tular di laman sosial dan mendapat sambutan apabila mula menerima tempahan daripada orang ramai. Menurut Abdul Aziz, seni hiasan

‘terrarium’ sudah lama bertapak dalam negara namun ramai yang tidak tahu di mana untuk mendapatny­a secara fizikal.

Kerani di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu berkata, sejak melibatkan diri hampir dua tahun dengan seni terrarium, beliau turut mengadakan bengkel untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami seni hiasan.

“Alhamdulil­lah ia juga membuka ruang untuk menambah pendapatan sampingan saya... dan saya juga pernah menerima tempahan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menghasilk­an seni itu untuk dijadikan sebagai cenderahat­i kepada delegasi luar negara,” katanya.

Seni ‘terrarium’ itu juga tidak melibatkan kos yang tinggi untuk dihasilkan dan sesiapa sahaja boleh melakukann­ya berdasar kreativiti sendiri, katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia