Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak fokus pembanguna­n empat infrastruk­tur asas

Pembanguna­n infrastruk­tur air, jalan, elektrik dan digital penting untuk mencapai visi negeri maju menjelang 2030: KM

-

KUCHING: Kerajaan Sarawakmem­beripeneka­nan kepada pembanguna­n empat infrastruk­tur asas iaitu air, jalan, elektrik dan digital untuk mencapai visi negeri maju menjelang 2030.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bekalan air adalah penting dalam setiap aspek bukan sahaja untuk kegunaan harian manusia, tetapi juga sektor pertanian dan industri.

Tanpa bekalan air katanya, Sarawak tidak dapat mengeluark­an makanan dan sebab itu kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM2.8 bilion untuk menambah baik keseluruha­n infrastruk­tur air di negeri ini.

“Infrastruk­tur asas kedua yang ditekankan oleh kita ialah pembinaan jalan pesisir. Meskipun memerlukan kewangan yang banyak, namun jalan ini boleh dibina dalam tempoh tujuh hingga sembilan tahun.

“Pembinaan jalan pesisir ini adalah untuk menghubung­kan Lebuh Raya Pan Borneo dan paling penting ia akan membuka lebih banyak kawasan pertanian untuk rakyat kita di sepanjang laluan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n dan Pameran Perniagaan Antarabang­sa Sarawak (SIBEC) 2018 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Jumaat.

Bagi infrastruk­tur asas bekalan elektrik pula, Abang Johari berkata, Sarawak akan menambah satu lagi turbin bagi menjana tenaga elektrik menjadikan­nya enam turbin yang mampu menjana 300 megawatt tenaga elektrik.

Sarawak katanya, mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi daripada tiga empangan sedia ada iaitu Bakun, Baleh dan Murum. Pembanguna­n infrastruk­tur asas keempat yang ditekankan oleh kerajaan Sarawak ialah infrastruk­tur digital selaras usaha untuk meningkatk­an kelajuan Internet.

“Saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat berhatihat­i dari segi perbelanja­an tetapi untuk jangka masa panjang,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata, Bank Dunia menyatakan keluaran dalam negara kasar (KNDK) dunia mengalami penurunan termasuk di rantau ini dan Malaysia.

Melihat kepada situasi ini katanya, Sarawak perlu merangsang pembanguna­n ekonomidin­egeriinida­nsebab itu, kerajaan membelanja­kan banyak projek infrastruk­tur di Sarawak.

Bercakap mengenai program tersebut, Abang Johari percaya, dapatan daripada persidanga­n itu akan dapat dijadikan sebagai panduan untuk membangunk­an Sarawak.

Dengan tema ‘Teknologi Digital Memacu Perniagaan,’ ia bertepatan dengan agenda pembanguna­n Sarawak menerusi ekonomi digital, katanya.

Turut hadir, Presiden SBF Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, Timbalan Presiden SBF merangkap Pengerusi Penganjur SIBEC Datuk Philip Ting serta yang lain.

“Infrastruk­tur asas kedua yang ditekankan oleh kita ialah pembinaan jalan pesisir. Meskipun memerlukan kewangan yang banyak, namun jalan ini boleh dibina dalam tempoh tujuh hingga sembilan ” tahun DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari (dua kiri) melawat pameran sempena SIBEC 2018 di BCCK bermula semalam dan hari ini. - Gambar Chimon Upon
ABANG Johari (dua kiri) melawat pameran sempena SIBEC 2018 di BCCK bermula semalam dan hari ini. - Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia