Utusan Borneo (Sabah)

Tipu bantuan rakyat miskin, nenek dipenjara 18 bulan

-

MIRI: Seorang nenek dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menipu seorang wanita berhubung bantuan rakyat miskin.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya, kepentinga­n awam serta mengambil kira bahawa tertuduh turut mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.

Mereka Jimi, 61, dari Nanga Dijih, Mukah telah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan curang telah menipu Rossie Labang dengan memperdaya­kan mangsa agar mempercaya­inya berkeupaya­an menguruska­n banuan rakyat miskin dengan memberi perahu dan enjin sehingga mendorong mangsa menyerahka­n tiga bentuk cincin emas, seutas rantai emas dan sepasang anting-anting emas serta wang tunai RM800 kepadanya (tertuduh) untuk disimpan hingga permohonan bantuan kebajikan selesai.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama tiga orang yang masih bebas pada jam 9 pagi, 21 November 2012 di tempat letak kereta sebuah kedai makan di Pusat Komersil Pelita di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an dia merupakan ketua keluarga dan mempunyai tiga cucu di rumah panjangnya.

Manakala dua anaknya telah meninggal dunia dan seorang yang masih hidup merupakan orang kelainan upaya.

Tertuduh turut merayu supaya dibenarkan menjalani hukuman penjara di Penjara Pusat Sibu.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh supaya menjalani hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke atasnya di Penjara Pusat Sibu.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia