Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2019: Kerajaan diharap teliti dasar berkaitan rumah penjawat awam

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) berharap kerajaan baharu akan meneliti dasar berkaitan rumah penjawat awam pada pembentang­an Bajet 2019 nanti.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, ia termasuk dasar pemilikan rumah yang harus dikaji semula susulan harga rumah yang dijual masih terlalu tinggu melebihi kemampuan gaji.

“Pertamanya, dasar pemilikan rumah warga asing, kerana dipercayai ini antara faktor yang menyebabka­n harga rumah tidak menurun.

“Ini disebabkan mereka (warga asing) mampu membeli rumah di sini yang hanya dijadikan rumah kedua mereka berbanding rakyat tempatan yang masih tidak berkemampu­an untuk membeli (rumah) disebabkan harganya yang masih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Isu-Isu Dalam Perkhidmat­an Awam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini pada Khamis.

Azih selain itu turut berkata penambahba­ikan kuartersku­arters kerajaan yang terdapat di negeri ini misalkan juga harus dipandang serius.

“CUEPACS mohon kerajaan supaya melihat semula status rumah-rumah kerajaan di seluruh negara yang kebanyakan­nya terlalu uzur dan kita mengharapk­an rumah-rumah ini tidak dibiarkan serta tidak dihuni.

“Disebabkan itu kita mohon agar rumah-rumah ini dibaiki agar dapat didiami sekali gus mengurangk­an kos yang terpaksa ditanggung penjawat awam yang menyewa rumah,” katanya.

Jelasnya, di Bintulu misalnya kos untuk menyewa sebuah rumah boleh mencecah RM3,000 sebulan dan RM800 untuk sebuah bilik.

“Justeru, kita amat berharap peruntukan untuk membaik pulih rumah-rumah kerajaan atau kuarters dapat dipertimba­ngkan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia