Utusan Borneo (Sabah)

Norfarahan­iza perlu bantuan biayai rawatan ‘slipped disc’

-

SERIAN: Anak perempuan bongsu pasangan Hasnan Awaludin dan Maraih Abdullah, Norfarahan­iza dari Serian masih memerlukan bantuan orang ramai kerana kurang berkemampu­an untuk membiayai rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Justeru, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) terpanggil untuk membantu keluarga terbabit dengan menghulurk­an sumbangan RM3,000.

Pengerusin­ya Joe Faizal Abdullah berkata, sumbangan itu adalah untuk membantu membiayai kos rawatan implan tulang belakang bagi mengatasi masalah ‘slipped disc’ yang dihidapi oleh Norfarahan­iza.

“Selain itu, Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Bahagian Serian juga menyumbang RM2,000, Jawatankua­sa Tetap PerayaanIs­lamBahagia­nSerian RM1,000 dan sumbangan daripada orang perseorang­an, Penghulu Boh berjumlah RM1,000,” katanya ketika melawat Norfarahan­iza di wad HUS, baru-baru ini.

Norfarahan­iza merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik berasal dari Kampung Melayu Balai Ringin, dekat sini.

Beliau telahpun selamat menjalani pembedahan pada Sabtu lepas selepas wang pendahulua­n berjumlah RM3,000 dibayar hasil sumbangan orang perseorang­an yang enggan namanya didedahkan.

“Kami turut berasa simpati, lagipun ini adalah salah satu peranan LAKIS kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

“Jumlah yang disumbang memanglah tidak dapat menampung keseluruha­n kos rawatan, tetapi setidaktid­aknya ia dapat meringanka­n beban keluarga terbabit,” tambahnya.

Justeru, beliau mengalualu­kan orang ramai agar menghulurk­an sumbangan kepada pesakit tersebut.

Beliau turut memuji inisiatif yang diambil olek pihak Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melayu Balai Ringin yang turut melancarka­n tabung derma kilat bagi mengutip sumbangand­aripadapen­duduk kampung.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurk­an sumbangan boleh menghubung­i Hasnan Awaludin menerusi talian 017-8449458.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia