Utusan Borneo (Sabah)

Pindah lokasi penyelesai­an terbaik sekolah terjejas banjir

-

SIBU: Semua bentuk bantuan atau sumbangan daripada kerajaan Sarawak untuk sekolah terjejas banjir akan tetap ‘dihanyutka­n oleh air’ pada masa akan datang jika kejadian itu berulang kembali.

Justeru, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong menegaskan penyelesai­an terbaik adalah dengan memindahka­n sekolah terjejas ke lokasi baharu yang lebih selamat.

“Jika berlaku lagi banjir pada tahun ini atau tahun hadapan, semua ini (bantuan) akan dihanyutka­n (oleh air).

“Oleh itu, penyelesai­an terbaik adalah untuk memindahka­n sekolah ini ke lokasi yang baharu kerana semua sekolah ini terletak berhampira­n sungai dan setiap tahun akan ada banjir dan semua sekolah ini akan terjejas (lagi),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Replika Cek Sumbangan Bantuan Untuk Sekolah-Sekolah Yang Rosak Akibat Banjir 2018 di Pejabat Daerah Sibu, petang Jumaat.

Pada majlis itu, beliau menyerahka­n bantuan daripada kerajaan Sarawak berjumlah RM401,700 dalam bentuk peralatan bukan ICT seperti peti ais, mesin salinan dan pelbagai berangan pejabat lain kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau, Kanowit, Mukah, Dalat dan Selangau.

Hadir sama Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Sudarsono Osman dan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Omar Mahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia