Utusan Borneo (Sabah)

Ekspo Kucing Antarabang­sa platform terbaik tembusi pasaran global

- PENGUNJUNG melihat ayam, burung merpati dan arnab pada sudut pameran Petting Zoo ketika Ekspo Kucing. — Gambar Bernama

EKSPO Kucing Antarabang­sa Malaysia yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menjadi platform untuk syarikat lokal berkaitan kucing menembusi pasaran lebih besar dan global.

Pengarah Projek Murni Ekspo Sdn Bhd, Sherman Yeong berkata ekspo seumpama itu dapat menyediaka­n ruang terbaik bagi syarikat-syarikat lokal bersaing dengan syarikat antarabang­sa.

“Ekspo tiga hari bermula 5 hingga 7 Okt ini lebih memfokuska­n bagaimana kita dapat bantu syarikat-syarikat lokal kita (produk-produk berasaskan kucing) untuk mencapai sasaran jualan lebih besar dan membawa nama mereka ke peringkat global, sebab pengunjung kita datang daripada pelbagai negara.

“Tahun ini kita terima lebih 16,000 pengunjung. Jadi syarikat lokal yang sertai kita antaranya Power Cat dan CSL Thean Yeang Sdn Bhd boleh bersaing secara sihat dengan syarikat dari negara lain contohnya Morando (Itali) dan Acana Cat Food (Amerika Syarikat),” katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Beliau berkata ekspo berkaitan kucing terbesar negara itu turut menjadi platform buat pengunjung dan pemilik kucing mendapatka­n maklumat berguna berkaitan kucing dan cara penjagaan haiwan tersebut.

“Objektif utama kita anjurkan ekspo kali kedua ini (kali pertama pada 2017) adalah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung dan pemilik kucing dari segi bagaimana menjadi penjaga kucing yang bertanggun­gjawab, selain beberapa ruang pameran badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi perkhidmat­an menjaga kucing liar dan orang ramai boleh membawa pulang kucingkuci­ng ini,” katanya.

Antara aktiviti menarik lain diadakan adalah pertanding­an kucing terbaik dengan penyertaan 500 kucing pelbagai baka dari seluruh dunia serta diadili juri antarabang­sa, Lili Anciau (Belgium), Fabio Brambilla (Itali), Stephene Henry (Perancis) dan Elin Hoffner (Sweden). — Bernama

 ??  ?? PENGUNJUNG Nur Nazifa Mohd Hadi, 12 (kanan), Mohd Afiq Mohd Hadi, 11 (dua kanan) dan Nur Damia Mohd Hadi, 8 (tiga kanan) memegang ayam serama daripada Farm In The City ketika EkspoKucin­g di Matrade, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
PENGUNJUNG Nur Nazifa Mohd Hadi, 12 (kanan), Mohd Afiq Mohd Hadi, 11 (dua kanan) dan Nur Damia Mohd Hadi, 8 (tiga kanan) memegang ayam serama daripada Farm In The City ketika EkspoKucin­g di Matrade, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Norashikin (kanan) hadir melawat Ekspo Kucing di Matrade, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
TENGKU Norashikin (kanan) hadir melawat Ekspo Kucing di Matrade, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
 ??  ?? PENGUNJUNG melihat cicak Bearded Dragon, cicak Blue Tongue Skink dan ular sawa Ball pada Ekspo Kucing di Matrade, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
PENGUNJUNG melihat cicak Bearded Dragon, cicak Blue Tongue Skink dan ular sawa Ball pada Ekspo Kucing di Matrade, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
 ??  ?? JURI pertanding­an kucing, Stephane Henry memeluk kucing dipanggil Miko (3 tahun) yang memenangi ‘Best Female, House Cat Long Hair’ ketika Ekspo Kucing 2018. — Gambar Bernama
JURI pertanding­an kucing, Stephane Henry memeluk kucing dipanggil Miko (3 tahun) yang memenangi ‘Best Female, House Cat Long Hair’ ketika Ekspo Kucing 2018. — Gambar Bernama
 ??  ?? SEORANG pemuda, Aisham Asrullah Hisham, 29, melayani karenah kucing peliharaan­nya yang dipanggil Oyen (3 tahun) pada Ekspo Kucing 2018. — Gambar Bernama
SEORANG pemuda, Aisham Asrullah Hisham, 29, melayani karenah kucing peliharaan­nya yang dipanggil Oyen (3 tahun) pada Ekspo Kucing 2018. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia