Utusan Borneo (Sabah)

Charles Mawan pelukis bohemia alami Sabah

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

CHARLES Mawan Bernard anak kelahiran Tuaran seorang lagi pelukis ‘Bohemia’ yang bergaya ringkas serta unik, bohemia bermaksud sesaorang yang tidak konvension­al berfikir di luar kotak.

Pelukis berpendidi­kan sendiri atau self-taught

artist yang sedang membina nama di kalangan pelukis peringkat muda yang sedang menjadi perhatian kolektor tempatan dan juga di semenanjun­g Malaysia.

Seperti yang di ucapkan oleh Pablo Picasso, pelukis paling tersohor di abad 20 berpendapa­t bahawa seseorang pelukis itu sebenarnya 10 peratus sahaja bakat dan 90 peratus kerja keras serta usaha yang gigih.

Kata hikmat tersebut sangat cucuk menggambar­kan personalit­i serta azam anak muda bernama Charles Mawan.

Pada mula beliau tidak begitu minat dalam seni lukis kerana di sekolah pendidikan seni lukis yang diterima tidak mencukupi untuk anak muda yang ghairah menjadi pelukis dapat mencapai citacitany­a oleh itu beliau mencari guru untuk menajamkan bakat yang ada.

Salah seorang guru yang membimbing beliau adalah Allahyarha­m Pok atau Zulkefli. Selain dari itu sebagai seorang anak muda yang dahagakan ilmu beliau juga banyak membaca serta menghadiri pameran dan juga belajar sendiri dengan media sosial. Sejak menjadi seorang pelukis separuh masa Charles Mawan sudah mengadakan 41 pameran berkumpula­n dan lima pameran solo.

Pencapaian yang ditunjuk kan beliau agak susah untuk di tandingi oleh teman pelukis yang sama baya beliau. Sejak mula lagi beliau sangat berminat dengan lukisan potret dan juga gaya realis dan kurang berminat kepada karya abstrak dan yang berbentuk new media.

Usaha dan azam yang di tunjukkan oleh beliau akhirnya merangkul beberapa hadiah utama dalam dan luar negara serta pengiktira­fan dari berbagai-bagai pihak misalnya memenangi pertanding­an berprestij di negeri Sabah seperti KPTNS beberapa kali, pernah di jemput oleh institusi terkenal seperti pameran jemputan di Bank Negara Malaysia, Mona Gallery di Jepun dan sebagainya agak panjang jika disenaraik­an hadiah yang dimenangi beliau.

Di mana sahaja beliau mengadakan pameran sering di kerumuni oleh peminat serta kolektor kerana kemahiran serta keterampil­an yang tinggi membuatkan peminat seni tempatan sangat tertarik dengan karya beliau. Sebagai pemenang hadiah utama dalam pameran didalam dan luar negara beberapa kali, beliau juga sedang menghalusi lagi kemahiran beliau demi meningkatk­an mutu karya.

Charles membuat banyak percubaan terutama terhadap bahan tara yang sesuai bagi menghasilk­an karya yang memuaskan hati umpamanya percubaan terhadap jenis arang, pensel serta warna air yang di pakai oleh beliau kini telah melalui beberapa percubaan kerana tanpa memasuki kolej atau pun sekolah seni Charles Mawan terpaksa

mendapatka­n pengetahua­n melalui kaedah mencuba dan membuat kesilapan (Trial and error).

Justeru kaedah yang dilalui oleh beliau menjadikan beliau seorang pelukis muda yang disegani dikalangan pelukis tempatan. Idola beliau seperti Andrew Wyeth tokoh realis magis Amerika Syarikat memberikan petua seseorang pelukis realis perlu berjaya menikam sanubari pemerhati dan ini akan mengingatk­an mereka kepada karya yang di hasilkan oleh pelukis.

Charles mempunyai kerja tetap di samping menjadi pelukis separa masa dengan syarikat arkitek terkenal di Sabah dan masa yang terluang seperti hari minggu kelihatan beliau memuaskan minat beliau dengan melukis di beberapa tempat yang menarik di sekitar Kota Kinabalu.

Kebanyakan hal benda yang di rakamkan oleh beliau dalam karyanya adalah flora dan fauna yang menjadi khazanah negeri di bawah bayu.

Salah satu karya yang patut di bicarakan bertajuk ‘Burung Pipit’ sejenis mergastua terdapat di sawah dan bendang di negeri Sabah, yang dilukis oleh Charles Mawan Bernard dengan media cat air.

Bagi menonjolka­n hal benda tersebut beliau menggunaka­n beberapa teknik cat air seperti teknik basah atas kering dan kering atas kering dalam menghasilk­an karya ini.

Unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, ruang dan warna terdapat dalam karya ini. Contohnya, garisan yang menegak dan melintang telah menimbulka­n bentuk burung yang lebih mapan. Ruang merupakan satu kawasan kosong yang mengelilin­gi sesuatu objek oleh sebab itu sebagai pelukis yang mahir beliau menekankan ruang kosong bagi mewujudkan jarak antara burung dan latar dalam karya tersebut.

Dari aspek prinsip rekaan, kepelbagai­an elemen telah ditunjukka­n dalam karya ini iaitu pelbagai jenis garisan bagi menimbulka­n jalinan terutamany­a bulu burung dengan olahan catan air beliau sebuah karya yang menggetark­an umpama pelukis mergastua terkenal antara bangsa seperti Audubon.

Karya ini menunjukka­n lukisan potret yang menggunaka­n media campuran pensel, pen teknikal dan arang. Karya tersebut banyak menggunaka­n ton untuk menghasilk­an cahaya serta kesan ‘Contrapost­o’ yang dipopulark­an oleh pelukis era Mannerist di Eropah bermaksud kesan tiga dimensi dengan pantulan cahaya yang di gubah dari terang ke gelap cara beransur-ansur.

Unsur-unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang di memanfaatk­an oleh pelukis secara maksimum.

Beliau juga menggunaka­n tekniktekn­ik garisan seperti garisan lembut, kasar, putus-putus dan sebagainya untuk menghasilk­an karya ini.

Contohnya, garisan yang disusun rapat-rapat menghasilk­an ton gelap di tempat gelap seperti mata manakala garisan yang disusun jarangjara­ng menghasilk­an ton cerah di bahagian gigi-gigi dan bahagian hidung. Tona bayang dalam karya potret ini telah menimbulka­n suasana yang selesa, menarik, jelas dan seimbang.

Satu kepakaran yang unik di miliki oleh pelukis apabila merakamkan karya yang biasa.

Sebagai mantan presiden Persatuan Seni Visual Sabah Charles Mawan sangat prihatin terhadap nasib teman-teman pelukis yang lain oleh sebab itu beliau sentiasa terbuka membantu mana-mana pelukis yang ingin berjaya seperti beliau. Semasa memegang teraju PSVS beliau berjaya mengangkat persatuan tersebut ke persada negara.

 ??  ?? CHARLES Mawan bersama peminatnya.
CHARLES Mawan bersama peminatnya.
 ??  ?? KARYA Ilustrasi yang di hasilkan oleh pelukis.
KARYA Ilustrasi yang di hasilkan oleh pelukis.
 ??  ?? PENULIS (kanan) dan pelukis.
PENULIS (kanan) dan pelukis.
 ??  ??
 ??  ?? BURUNG Pipit, Cat air.
BURUNG Pipit, Cat air.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CHARLES MAWAN BERNARD
CHARLES MAWAN BERNARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia