Utusan Borneo (Sabah)

Amal budaya jaga kesihatan

Bersihkan kawasan perumahan cegah penyakit berjangkit

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt mengajak masyarakat untuk samasama mengamalka­n budaya menjaga kebersihan sebagai gaya hidup sihat. “Kelestaria­n alam sekitar juga perlu dijaga dan dikekalkan

“Kelestaria­n alam sekitar juga perlu dijaga dan dikekalkan bagi membolehka­n ia dinikmati oleh generasi masa ” hadapan DATUK STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

bagi membolehka­n ia dinikmati oleh generasi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong di perkaranga­n Masjid Taman Mesra, Batu 4, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Liew Hassan dan Pengerusi Program Sulaiman Abdul Samad.

Pada majlis itu, Stephen STEPHEN menyertai penduduk kampung membersihk­an kawasan sekitar Taman Mesra. telah menyerahka­n sumbangan enam kanopi kepada penduduk Taman Mesra.

Tujuan gotong-royong adalah untuk membersihk­an kawasan perumahan bersama-sama sekali gus mencegah wabak penyakit berbahaya yang disebabkan oleh makhluk perosak seperti tikus, lalat dan nyamuk.

Selain itu, program juga secara tidak langsung membantu mengeratka­n hubungan dan persefaham­an antara satu sama lain.

Program itu juga diadakan untuk meningkatk­an kesedaran orang awam bagi menjaga kesihatan diri dan keluarga serta persekitar­an.

Menurut Stephen, ia adalah penting kerana kebersihan di sekeliling memerlukan kerjasama semua pihak.

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGAN: Anggota Lembaga Kopeks dan Pengurusan Kopeks telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu.
Rombongan diketuai oleh Pengerusi Kopeks Datuk Maznah Abdul Ghani dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks Buvil Angkui. Dalam pertemuan itu, Maznah memberi takilmat ringkas dan penerangan tentang pelaksanaa­n serta hala tuju Kopeks kepada Arifin. -Oleh KENNEDDY CORLLEUS
KUNJUNGAN: Anggota Lembaga Kopeks dan Pengurusan Kopeks telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu. Rombongan diketuai oleh Pengerusi Kopeks Datuk Maznah Abdul Ghani dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks Buvil Angkui. Dalam pertemuan itu, Maznah memberi takilmat ringkas dan penerangan tentang pelaksanaa­n serta hala tuju Kopeks kepada Arifin. -Oleh KENNEDDY CORLLEUS
 ??  ?? PENDUDUK Taman Mesra yang menyertai gotong-royong.
PENDUDUK Taman Mesra yang menyertai gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia