Utusan Borneo (Sabah)

Sultan dan Sultanah Kedah berkenan sempurnaka­n Istiadat Siram Tabal

-

ALOR SETAR:Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff pada Ahad berangkat menyempurn­akan Istiadat Siram Tabal di Dataran Kepala Tanjung, Istana Anak Bukit di sini.

Ia bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 22 Okt depan di Istana Anak Bukit.

Turut berangkat Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan isteri Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddi­n; Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Selain itu, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddi­n dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria serta pemimpin-pemimpin kerajaan negeri yang lain juga turut hadir sama ke istiadat berkenaan.

Datuk Bijaya Indera merangkap Ketua Istiadat Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah mengadap Sultan Sallehuddi­n untuk memohon perkenan bagi memulakan Istiadat Siram Tabal.

Istiadat itu dimulakan dengan perarakan masuk air mata air dan air zam zam diketuai Datuk Jaya Budiman Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali bersama Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang serta Imam Masjid Negeri Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim AlHafiz serta 12 Pegawai Daerah terlibat dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Datuk Mohd Zohdi Saad.

Datuk Jaya Budiman bersama Mufti Kedah serta Imam Masjid Negeri itu mengadap dan mengangkat sembah kepada Sultan Sallehuddi­n dan Sultanah Maliha manakala 12 Pegawai Daerah dan Datuk Bandar menunduk hormat kepada baginda berdua sebelum kesemua mereka bergerak ke Pancapersa­da.

Pegawai Daerah membawa 12 batil perak berisi sumber air dari 12 mata air yang terdapat di kawasan tanah tinggi masing-masing manakala Datuk Bandar yang membawa satu batil emas berisi air zam zam.

Air mata air itu terdiri daripada air mata air dari Gunung Keriang, dekat Alor Setar; dari Air Terjun Tupah (Kuala Muda); dari Ulu Riau, Sedim (Kulim); dari Bukit Perangin (Kubang Pasu); dari Gunung Inas (Baling); dari Hutan Simpan Rimba Teloi (Sik).

Selain itu, air mata air dari Air Terjun Seraya (Padang Terap); dari Telaga Tujuh, Padang Matsirat (Langkawi); dari Puteri Mandi Gunung Jerai (Yan); dari Bukit Ulu Jawi Relau (Bandar Baharu); dari Sungai Rambai Bukit Perak (Pendang) dan dari Kampung Budi, Mukim Lesong (Pokok Sena).

Setelah itu, Datuk Jaya Budiman naik ke Pancapersa­da dan berdiri di belakang tiga tempayan untuk Air Siram Taubat, Air Siram Selamat dan Air Siram Syukur. Kesemua 12 Pegawai Daerah serta Datuk Bandar menyerahka­n batil itu kepada Datuk Bijaya Budiman.Bernama

 ??  ?? KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff bersemayam di Pentas Diraja Pancapersa­da pada Istiadat Siram Tabal sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-29 di Dataran Kepala Tanjung, Istana Anak Bukit di sini, pada Ahad. -Gambar Bernama
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff bersemayam di Pentas Diraja Pancapersa­da pada Istiadat Siram Tabal sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-29 di Dataran Kepala Tanjung, Istana Anak Bukit di sini, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia