Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Upko persoal pembaharua­n IMM13

-

KOTA KINABALU: Presiden Pasokmomog­un Kad azan dusun M urut Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau meminta Ketua Imigresen Sabah membersihk­an isu pembaharua­n dokumen IMM13 kepada ‘pelarian Filipina’ di negeri ini.

“Kita mahu tahu siapa yang mengarahka­n Imigresen Sabah untuk berbuat demikian? Setahu saya, Kabinet Negeri Sabah tidak pernah membincang­kan perkara itu.

“Malah pembaharua­n dokumen IMM13 di Sabah sepatutnya telah dihentikan pada tahun 2013,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian.

Madius menegaskan Upko tetap teguh dengan pendiriann­ya bahawa tidak perlu lagi pembaharua­n dokumen IMM13 kepada pelarian Filipina di Sabah.

Malah, pihaknya mahu penarikan balik kad pengenalan di Sabah sejak sekian lama. “Memandangk­an kebanyakan daripada kita mengiktira­f bahawa masalah pendatang tanpa izin telah menjadi ancaman kepada Sabah dan kedatangan mereka telah membawa banyak spekulasi, jadi mengapa Imigresen memperbaha­rui dokumen IMM13 kepada pelarian Filipina di Sabah. Siapa punya arahan dan prerogatif ini?” kataya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Madius berkata, Perkara 26 menyebut bahawa ‘Kerajaan Persekutua­n boleh dengan perintah melucutkan kewarganeg­araan manamana warganegar­a melalui pendaftara­n jika berpuas hati bahawa pendaftara­n... (a) diperoleh dengan cara penipuan, perwakilan palsu atau penyembuny­ian daripada mana-mana fakta material.

“Ini bermaksud semua usaha mesti dilakukan untuk menghapusk­an semua dokumen Malaysia yang didapati melanggar Perlembaga­an Persekutua­n.

“Antaranya, Upko telah menggesa kerajaan supaya pemegang IMM13 dan ana kanak mereka yang mempunyai kad pengenalan biru ditarik balik, termasuk mana-mana yang mempunyai MyPR (termasuk KP merah).

“IMM13 adalah peringatan tepat pada masanya bagi rakyat Sabah untuk mendapatka­n pemulihan sepenuhnya hak autonomi imigresen yang termaktub di bawah MA63,” jelasnya.

Beliau berkata Upko telah memperjuan­gkan penarikan dan pengeluara­n semula kad pengenalan demi kepentinga­n keadilan dan untuk menegakkan kesucian Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia.

“Kita mempunyai kewajipan dan moral untuk berbuat demikian,” katanya.

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia