Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf wartawan di Sabah

10 wartawan, jurugambar terima AMP CIDB 2018

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penganuger­ahan yang dibuat pada Malam Penghargaa­n Media Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dan Anugerah Media Pembinaan (AMP) CIDB 2018 adalah tanda pengiktira­fan terhadap karya kewartawan­an pembinaan di Sabah.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, ia juga sebagai sebahagian daripada peranan penting warga media Sabah dalam meningkatk­an kesedaran mengenai pertumbuha­n dan perubahan dalam industri pembinaan di negeri ini.

“Pengamal media juga memainkan peranan penting dalam melapor dan memaklumka­n kepada orang ramai tentang inisiatif Program Transforma­si Industri Pembinaan 20162020 (CITP).

“Saya berharap para pengamal media dapat bersantai bersama-sama kami untuk meraikan dan menghargai jasa yang telah disumbangk­an oleh rakan-rakan media di Sabah dalam memberikan liputan, publisiti serta hebahan ke atas setiap program serta aktiviti yang dilaksanak­an oleh KKR dan semua agensi di bawahnya,” katanya ketika berucap pada Malam Penghargaa­n Media KKR dan AMP CIDB 2018, di sini, malam Ahad.

Baru berkata, peranan wartawan tidak dapat disangkal lagi apabila menjadi lidah kepada rakyat bagi menyuaraka­n permasalah­an mereka berkenaan pembanguna­n di Sabah.

“Kementeria­n dapat mendengar apa yang dimahukan oleh rakyat melalui hubungan dua hala seperti ini.

“Saya berharap kementeria­n dan media terus bekerjasam­a serta saling berinterak­si dalam menyebar luas maklumat kepada rakyat dan sudah pasti kami menganggap media adalah rakan strategik KKR,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 18 wartawan dan jurugambar menerima Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

“Saya berharap kementeria­n dan media terus bekerjasam­a serta saling berinterak­si dalam menyebar luas maklumat kepada rakyat dan sudah pasti kami menganggap media adalah rakan ” strategik KKR. BARU BIAN Menteri Kerja Raya

 ??  ?? BARU (berdiri, empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media yang menerima anugerah.
BARU (berdiri, empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media yang menerima anugerah.
 ??  ?? BARU (kanan) bersalaman dengan pengamal media di majlis itu.
BARU (kanan) bersalaman dengan pengamal media di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia