Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan dapat sokongan

Wujudkan laluan penerbanga­n Manado-Kota Kinabalu

- (tiga kiri) menyerahka­n cendera kenangan kepada Christina.

KOTA KINABALU: Cadangan untuk membuka rangkaian laluan penerbanga­n baharu di antara Manado, Indonesia dan Kota Kinabalu, Sabah oleh Batik Air diterima baik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, cadangan itu sangat dialu-alukan kerana ia akan memberikan kebaikan kepada rakyat Sabah dan Indonesia, khususnya dalam perkembang­an industri pelanconga­n di antara keduadua pihak.

“Saya mencadangk­an agar perbincang­an lanjut mengenai perkara ini akan dilakukan dan diutarakan kepada kerajaan negeri dan Pusat,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Konsul General Republik Indonesia di Kota Kinabalu Bapak Krishna Djelani, di sini.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut mengutarak­an cadangan untuk meminjam badak Sumatera daripada negara jiran itu bagi program pembiakan.

Katanya, Sabah kini hanya mempunyai sepasang badak Sumatera, bagaimanap­un salah satu daripadany­a kini sakit tenat dan memerlukan pemantauan 24 jam. Badak itu juga telah mengalami susut berat badan sebanyak 50 kilogram sejak Julai lalu.

Sementara itu, Krishna berkata tempoh penerbanga­n dari Manado ke Kota Kinabalu hanya mengambil masa dua jam sahaja.

Menurutnya usaha itu bukan sahaja boleh mengembang­kan industri pelanconga­n tetapi juga mampu mengeratka­n hubungan antara masyarakat.

“Ia menjadi harapan saya agar hubungan yang terjalin di antara Indonesia dan Malaysia khususnya Sabah ini dapat dikuatkan lagi dalam bidangbida­ng berkaitan,” katanya.

Beliau juga melihat kepada kemungkina­n untuk mewujudkan rangkaian laluan penerbanga­n antara ChinaManad­o-Kota Kinabalu dan China-Kota KinabaluMa­nado. Katanya, peningkata­n kedatangan pelancong China di Sabah adalah satu potensi besar untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang pelanconga­n di antara negeri ini dan Indonesia.

Berkaitan badak Sumatera, Krishna berkata perkara itu akan diutarakan kepada pihak berkuasa berkaitan di negaranya kerana sebelum itu Malaysia dan Indonesia sudah memeterai satu memorandum perjanjian (MoA).

Beliau percaya intipati MoA itu turut menyentuh mengenai projek pemulihara­an badak Sumatera dan yang berkaitan dengannya.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Konsul Ibu Hendro Retno Wulan.

“Ia menjadi harapan saya agar hubungan yang terjalin di antara Indonesia dan Malaysia khususnya Sabah ini dapat dikuatkan lagi dalam bidangbida­ng berkaitan. ”

DATUK CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? KRISHNA
KRISHNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia