Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Beluran raih emas

Catat rekod baharu acara lompat jauh pada Sukan Para Asia 2018

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran, Eddy Bernard mengharumk­an nama negara di pentas sukan antarabang­sa selepas meraih emas pada Sukan Para Asia 2018.

Pelajar tingkatan 5 ini, memperoleh pingat emas menerusi acara lompat jauh lelaki T44, T62/64 (kecacatan kaki) dengan catatan rekod baharu temasya iaitu 6.30 meter.

Eddy yang merupakan atlet olahraga para negara dalam melakar kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia berkata sokongan padu ibu bapa, ahli keluarga, jurulatih dan rakan-rakan menjadi pembakar semangat terbaik untuknya untuk meraih emas.

Beliauyang­merupakana­nak bongsu daripada enam adik beradik berazam meneruskan latihan serta memperbaik­i prestasi dan berhasrat untuk menyertai Sukan Para Asia di Tokyo pada masa akan datang dalam acara lompat jauh dan 100 meter.

Menurutnya, selepas ini beliauyang­belajardal­amaliran perdaganga­n mahu memberi tumpuan terhadap persediaan menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus tiba di Lapangan Terbang Sandakan, petang Isnin.

Ketibaan Eddy disambut kedua-dua ibu bapanya, ahli keluarga, Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Haji Soje Haji Abdul Hassan dan Pengetua SMK Beluran, Nor Aslam Mana.

Eddy berkata di peringkat kebangsaan sebelum ini dia juga meraih pingat emas bagi acara lompat jauh dan acara lari pecut 100 meter.

“Sepanjang latihan, saya tidak juga melupakan untuk membaca buku serta mengulang kaji pelajaran kerana tahun ini saya akan menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau berkata sepanjang persiapan menduduki peperiksaa­n November depan, dia akan jalani juga sedikit latihan sebagai persiapan kejohanan akan datang.

Sementara itu, Bernard Ingkiu, 42 tahun, yang bertugas di Pejabat Daerah Beluran, berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih anaknya pada temasya sukan berkenaan.

Beliau turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada jurulatih dan pihak yang terlibat membantu anaknya mencapai kejayaan itu.

“Eddy yang merupakan atlet olahraga para negara dalam melakar kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia berkata sokongan padu ibu bapa, ahli keluarga, jurulatih dan rakan-rakan menjadi pembakar semangat emas.” terbaik untuknya untuk meraih

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) HAJI Soje, Nor Aslam, guru-guru serta keluarga merakamkan gambar kenangan bersama Eddy. (Gambar kanan) EDDY menunjukka­n pingat emas kepada ayah dan ibunya selepas tiba di Lapangan Terbang Sandakan.
(Gambar atas) HAJI Soje, Nor Aslam, guru-guru serta keluarga merakamkan gambar kenangan bersama Eddy. (Gambar kanan) EDDY menunjukka­n pingat emas kepada ayah dan ibunya selepas tiba di Lapangan Terbang Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia