Utusan Borneo (Sabah)

Mayat lelaki ditemukan dalam lubang di Penampang

Dr Mahathir pengerusik­an mesyuarat MB, Ketua Menteri pertama

- -Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengeru­sikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke132 di Perdana Putra di sini pada Selasa.

Ini merupakan mesyuarat pertama setelah Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lepas.

Mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu, turut dihadiri beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar serta Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

Antara menteri besar dan ketua menteri yang hadir ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Pahang, Kelantan dan Terengganu pula dihadiri wakil menteri besar masingmasi­ng.

Menteri Kabinet yang turut menyertai mesyuarat itu antaranya ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu bertujuan untuk menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan persekutua­n bagi memastikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah lubang sedalam 20 kaki di kawasan tapak pembinaan di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Haris Ibrahim berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan identitiny­a belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyiasat sama ada mangsa pekerja di tapak pembinaan itu.

Beliau berkata, siasatan awal polis mempercaya­i mangsa berkemungk­inan terjatuh ke dalam lubang terbabit.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini membantu

mengusung mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital.

mengeluark­an mangsa dari lubang berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat lanjut,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Selasa.

 ?? GambarBern­ama ?? DR Mahathir (tiga kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-132 di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Dr Ismail (dua kanan), Shafie (tiga kiri) dan Mukhriz (dua kiri).
GambarBern­ama DR Mahathir (tiga kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-132 di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Dr Ismail (dua kanan), Shafie (tiga kiri) dan Mukhriz (dua kiri).
 ??  ?? POLIS
POLIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia