Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa serangan buaya trauma tidak mahu mandi di sungai

Mangsa serangan buaya trauma tidak mahu mandi di sungai

- Oleh YUSOP TEPPO

SERIK… saya tidak mahu mandi di sungai lagi,” kata Arsil Alkamal, 13, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Melayu tepi hulu Sungai Seguntor Batu 8, Sandakan.

Mangsa serangan buaya itu yang kini hampir pulih dan boleh berjalan semula berkata, peristiwa terlepas daripada mulut buaya merupakan kenangan yang paling sukar dilupakan dalam hidupnya.

Dia yang masih dalam trauma berkata masih teringat-ingat kejadian yang menimpanya pada 9 September lepas ketika mandi berhampira­n rumahnya di hulu Sungai Seguntor.

Bahu dan dada kanannya yang parah digigit buaya kini telah pulih tetapi kecederaan di bahagian paha masih berjahit akibat koyak digigit buaya.

Arsil terpaksa menerima rawatan sehari di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan selepas serangan berkenaan sebelum dibawa balik oleh keluargany­a ekoran tidak mampu membayar kos rawatan yang tinggi.

Dua hari selepas itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Ariffin Asgali telah memasukkan semula Arsil ke wad HDOK bagi menerima rawatan lanjut.

Arsil bersyukur atas bantuan yang diterimany­a daripada semua pihak termasuk Ariffin, kalau tidak sudah pasti lukanya akibat gigitan buaya akan lambat sembuh.

“Selama sembilan hari saya menerima rawatan di hospital sebelum saya dibenarkan balik ke rumah,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya berhadapan buaya, Arsil berkata perasaan takut ketika bertarung dengan maut masih lagi terbayang dalam fikirannya sehingga sekarang.

“Malam ketika tidur, saya masih teringat kejadian itu. Gambaran serangan buaya itu masih jelas kelihatan,” katanya.

BERJAYA LEPASKAN DIRI

Arsil menceritak­an detikdetik cemas ketika dia diserang buaya di hulu Sungai Seguntor lebih sebulan lepas di mana pada masa itu dia terjun untuk mandi di sungai berkenaan.

“Saya tidak menyangka di tempat saya terjun untuk mandi ketika air pasang ada reptilia berkenaan yang sedang menunggu,” katanya.

Katanya buaya terbabit telah menyerangn­ya dengan menggigit bahu kanannya sebelum menggigit paha kanan.

“Pada masa itu, saya bertindak menahan mulut buaya berkenaan dari terus menggigit paha kanan saya dan ketika saya bertarung dengan buaya itu, saya telah terdampar di tebing. Masa itulah saya menyepak kepala buaya beberapa kali sebelum buaya melepaskan gigitan di paha saya,” katanya.

Meskipun mengalami kecederaan parah, dia bertindak pantas naik ke darat bagi menyelamat­kan diri sebelum keluargany­a datang dan menghantar­nya ke hospital.

“Ketika menerima rawatan, pihak doktor yang merawat saya telah menjumpai dua gigi buaya yang patah terdapat pada paha saya. Gigi buaya yang patah itu telah berjaya dikeluarka­n sebelum doktor yang merawat menjahit luka pada paha kanan saya,” katanya.

Ketika kunjungan Utusan

Borneo ke rumahnya, Arsil tiada di rumah dan keluarga memaklumka­n dia mengikuti pakciknya mengambil kayu untuk memasang pagar di hadapan rumah mereka.

Dalam setengah jam menunggu, Arsil kelihatan turun dari kenderaan dan kemudianny­a menunjukka­n lokasi dia berenang sebelum diserang buaya.

PAGAR DIPASANG UNTUK ELAK BUAYA NAIK KE RUMAH

Sementara itu, pakcik mangsa, Jeffrey Omar Abdul Halim, 19, berkata pagar akan mereka bina di tebing hadapan rumah bagi mengelakka­n buaya itu naik ke darat atau jambatan.

“Saya bersama keluargany­a termasuk Arsil telah mencari kayu hari ini untuk membina pagar berkenaan,” katanya.

Jeffrey berkata ia ekoran kelihatan kalibat buaya itu sekali lagi pada minggu lepas berenang-renang di hadapan rumah mereka kira-kira jam 11 malam. “Pada masa itu, keluarga menyedari kehadiran buaya berkenaan ketika berehat dan berbual-bual di luar rumah. Waktu itu, air sedang pasang,” katanya.

Beliau berkata bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini berlaku, mereka bercadang membina pagar di tebing hadapan rumah.

“Sebelum serangan terhadap anak buahku, beberapa ekor anjing, itik dan ayam juga hilang, berkemungk­inan telah dimakan boleh buaya terbabit,” katanya.

JABATAN HIDUPAN LIAR TIDAK TOLAK KEMUNGKINA­N

Jabatan Hidupan Liar Sandakan tidak menolak kemungkina­n buaya yang muncul di pesisiran laut Kampung Gas - Kampung Bahagia di Batu Sapi, Sandakan pada Jumaat lepas adalah buaya yang menyerang seorang remaja ketika mandi di Hulu Sungai Seguntor, dekat Kampung Melayu Batu 8 pada bulan lepas.

Pegawai Hidupan liar Sandakan Hussien Muin berkata pihaknya sudah melakukan pemeriksaa­n sebaik sahaja berita mengenai kemunculan buaya itu tular dalam media sosial, namun masih belum menemui sebarang kesan kehadiran haiwan berkenaan.

“Kemunculan seekor buaya itu sekitar petang Jumaat lepas telah menggempar­kan penduduk sekitar di pesisiran pantai berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kehadiran reptilia itu buat pertama kali telah mengakibat­kan penduduk di beberapa perkampung­an atas air di Batu Sapi melahirkan kebimbanga­n terhadap kejadian tidak diingini berlaku.

“Kini, penduduk khususnya golongan mencari rezeki dengan hasil di pesisiran laut berkenaan menjadi semakin bimbang tetapi kita telah menasihati mereka agar tidak melakukan aktiviti mencandat sotong atau menangkap ikan di lokasi berhampira­n kemunculan buaya terbabit demi keselamata­n mereka,” katanya.

Hussien berkata walaupun buaya itu belum pernah dilaporkan menyerang penduduk di kawasan berkenaan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh penduduk terutamany­a anak-anak agar tidak mandi-manda di laut.

Pihaknya juga sedang menjalanka­n operasi pemantauan bagi mengesan kedudukan buaya terbabit.

“Kita tidak menolak kemungkina­n buaya yang menjadi tular di laman sosial itu adalah buaya yang sama menyerang seorang remaja ketika mandi di Hulu Sungai Seguntor, dekat Kampung Melayu Batu 8 pada 9 September lepas.

“Ini berdasarka­n lokasi kemunculan buaya berhampira­n muara Sungai Seguntor dan terletak tidak jauh dari kawasan Hutan Simpan Kabili-Sepilok,” jelasnya.

Hussien berkata papan tanda telah dipasang bagi mengingatk­an penduduk di Kampung Melayu Batu 8 agar tidak turun mandi ke sungai itu sebagai langkah mengelak kejadian daripada berulang.

“Kita telah menjalanka­n operasi mencari buaya yang menyerang budak remaja itu selama dua minggu tetapi gagal mengesan kedudukann­ya. Hidupan Liar juga telah memasang perangkap tetapi usaha itu juga gagal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ARSIL melihat papan tanda yang dipasang oleh Jabatan Hidupan Liar. JEFFREY HUSSIEN KESAN gigitan buaya pada bahu kanan (gambar atas) dan dada Asril (gambar kiri). ARSIL menunjukka­n lokasi dia diserang buaya. ARSIL menunjukka­n kesan luka pada pahanya yang masih berjahit.
ARSIL melihat papan tanda yang dipasang oleh Jabatan Hidupan Liar. JEFFREY HUSSIEN KESAN gigitan buaya pada bahu kanan (gambar atas) dan dada Asril (gambar kiri). ARSIL menunjukka­n lokasi dia diserang buaya. ARSIL menunjukka­n kesan luka pada pahanya yang masih berjahit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia