Utusan Borneo (Sabah)

HARGA ROKOK NAIK

Dalam tempoh tiga minggu lagi: Dr Dzulkefly

- -Bernama

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).

Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarka­n Peraturan 8A PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) baru-baru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Mengenai larangan merokok di bangunan Parlimen, Dr Dzulkefly berkata lapan notis kompaun telah dikeluarka­n termasuk kepada seorang Anggota Parlimen sejak dikuatkuas­akan Isnin.

Tindakan itu diambil susulan pengisytih­aran sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula Isnin.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengumumka­n larangan penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berusia 21 tahun ke bawah berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.

Beliau berkata semua penjual minuman beralkohol turut diwajibkan mempamerka­n notis ‘Meminum Arak Boleh Membahayak­an Kesihatan’ di hadapan lokasi premis masing-masing.

Katanya, minuman beralkohol yang dijual juga hendaklah dipamer di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain.

Dr Dzulkefly berkata kegagalan mematuhi mana-mana peraturan berkaitan minuman beralkohol merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Ditanya sama ada peraturan berkenaan perlu dipatuhi penganjur ‘Oktoberfes­t’, beliau berkata ia sepatutnya dipatuhi penganjur acara berkenaan.

Mengulas mengenai standard baharu Sebatian Minuman Keras (CHL), beliau berkata ia diwujudkan bagi mengawal keselamata­n dan kualiti produk serta memberi maklumat yang tepat kepada pengguna.

CHL merupakan minuman beralkohol yang dihasilkan daripada minuman beralkohol seperti wiski, rum, vodka dan brandi dengan ditambah etil alkohol yang berasal daripada pertanian atau sulingan yang berasal daripada pertanian.

 ??  ??
 ??  ?? JAUJAN (tengah) menyaksika­n simbolik penyerahan tugas daripada Ginun (tiga kiri) kepada Masnah.
JAUJAN (tengah) menyaksika­n simbolik penyerahan tugas daripada Ginun (tiga kiri) kepada Masnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia