Utusan Borneo (Sabah)

Dua pindaan akta berkaitan buruh perlu keputusan Sabah

- -Bernama

SANDAKAN: Pindaan Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 memerlukan keputusan daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi berkata ini bagi membolehka­n Kementeria­n Sumber Manusia menentukan dan meneruskan hala tuju dasar kerajaan.

Katanya ia selaras dengan obligasi Pemeteraia­n Perjanjian Komprehens­if dan Progresif Bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurutnya, di bawah CPTPP yang dimeterai di Santiago, Chile pada 8 Mac lepas, pihak kementeria­n perlu meneruskan obligasi Bab Buruh sebagaiman­a Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) sebelum ini.

Dua akta itu antara sembilan akta yang perlu diselesaik­an pindaannya di negara ini sebelum 2020 menerusi obligasi CPTPP, katanya pada majlis perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah Peringkat Daerah Sandakan yang disempurna­kan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Negeri Moira David di sini pada Selasa.

Menurutnya tujuh lagi akta tersebut adalah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Kerja 1985, Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67), Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Beliau berkata sehingga kini satu akta iaitu Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 telah dipinda selepas diluluskan di Parlimen pada 14 Ogos tahun lepas dan telah dikuatkuas­akan mulai 1 Feb lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia