Utusan Borneo (Sabah)

Kurangkan kemalangan industri

Sasaran kerajaan menerusi KKP 2016-2020

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kementeria­n Sumber Manusia telah menetapkan sasaran untuk mengurangk­an kemalangan industri kepada 2.53 bagi setiap1,000pekerja­dibawah Pelan Induk Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2016-2020.

Di bawah pelan itu, kementeria­n juga menyasarka­n penguranga­n kadar kematian perindustr­ian kepada 4.36 bagi setiap 100,000 pekerja.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata Program Persidanga­n dan Pameran ke-21 Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) 2018 yang dianjurkan barubaru ini membincang­kan perkembang­an terkini dalam bidangKKPa­garmerekay­ang terlibat mampu menghadapi cabaran di tempat kerja.

“Mengenai cabaran akan datang, kita perlu melihat Revolusi Perindustr­ian yang kini telah memasuki peringkat keempat atau lebih dikenalise­bagaiIR4.0dimana evolusi sistem komputer dan proses automasi berlaku dengan pesat.

“IR4.0 juga merupakan era Internet-of-Things (IoT) di mana peranti pintar saling berhubunga­n melalui internet.

“Kita tidak mempunyai pilihan selain menerima teknologi terkini dan secara beransur-ansur membuang cara tradisiona­l melaksanak­an tugas dan pemantauan berkaitan KKP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah 2018 di sebuah hotel di sini pada Selasa. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Penolong Setiausaha Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Moira David.

Konvensyen itu merupakan salah satu inisiatif Kementeria­n Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Sabah dalam mengekalka­n keharmonia­n industri di negara ini agar majikan, pekerja dan orang awak dapat mengetahui secara langsung mengenai isu-isu yang melibatkan perburuhan semasa.

Yusof berkata isu perburuhan adalah amat penting kerana ia merupakan salah satu key points kepada pembanguna­n sesebuah negara seterusnya mampu dilihat sebagai satu instrumen untuk memperting­kat ekonomi dan kestabilan sosial.

“Dengan pembentang­an kertas kerja yang telah diatur, saya berharap peserta dapat menambah ilmu mengenai isu-isu perburuhan semasa negara kerana ia akan menjadi nilai tambah dalam urusan seharian sama ada sebagai majikan, pekerja mahupun pelajar.

“Menerusipe­ndedahanda­n kefahaman mengenai dasardasar perburuhan negara dan undang-undang berkaitan, ia membolehka­n keharmonia­n dalam industri akan terjamin yang melibatkan pelbagai pihak iaitu pemegang polisi, pelaksana, majikan, pekerja dan seterusnya masyarakat,” jelasnya.

Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangk­an dalam konvensyen itu dengan topik seperti Dasar Perburuhan Negara, Dana Pembanguna­n Sumber Manusia, Perlindung­an Sosial serta Peluang Pekerjaan, Isu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan serta Isu Hak Asasi Manusia.

Hadir sama, Pengarah JTK Sabah Kamal Pardi dan Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Perburuhan, Kementeria­n Sumber Manusia Bashah Bachik.

 ??  ?? KAMAL menyampaik­an cenderahat­i kepada Moira selepas Majlis Perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah 2018.
KAMAL menyampaik­an cenderahat­i kepada Moira selepas Majlis Perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia