Utusan Borneo (Sabah)

Jangan takut dapatkan bantuan: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Remaja terlanjur sehingga mengandung, tidak perlu takut untuk tampil ke depan bagi mencari jalan menyelesai­kan masalah bersama-sama dengan pihak berkuasa dan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata setiap manusia melakukan kesilapan dan perlu mencari jalan keluar apabila ditimpa masalah.

“Carilah pertolonga­n. Ia bukan jalan buntu. Kita semua ada melakukan kesilapan dalam hidup. Tampillah ke depan. Ada orang yang sudi menolong.

“‘Malah kita ada kaunselor di sekolah untuk sesi kaunseling untuk mana-mana remaja yang menghadapi masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Fiqh dan Muzakarah keempat di Institut Sosial Malaysia, Selasa.

Dr Wan Azizah diminta mengulas mengenai kes seorang remaja perempuan yang dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan bayi lelaki dalam tandas di rumahnya di Taman Kerian Permai, Parit Buntar, Perak, pada Ahad.

Mangsa yang berkurung dalam bilik air sejak 8.30 pagi ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kira-kira 2 petang selepas memecahkan pintu tandas.

Remaja terbabit dan bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata kementeria­n telah meminta maklumat lanjut daripada pihak polis bagi membantu keluarga mangsa.

“Ini kes polis. Saya telah meminta lebih banyak maklumat. Satu tragedi yang kita mesti tahu apa punca. Saya sedih perkara seperti ini masih berlaku.

“Sebab itu, kita perlu tingkatkan lagi pendidikan (seks) untuk rangkumi semua aspek supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Dr Wan Azizah menegaskan bahawa menjaga dan membesarka­n kanak-kanak dalam cara yang betul adalah tanggungja­wab ibu bapa dan ia tidak selalunya mudah tetapi pendidikan yang betul membesarka­n anak-anak mengikut cara yang diajarkan oleh Islam telah merangkumi segala aspek kehidupan.

Beliau berkata ibu bapa hendakah memerhatik­an apa keperluan anak-anak sehinggala­h mereka mampu berdikari dan mampu bersaing dalam dunia yang penuh dengan cabaran.

“Kanak-kanak adalah aset paling penting bagi mana-mana negara kerana merekalahm­asadepanne­gara. Kesejahter­aan kanak-kanak menjadi keutamaan saya dan saya tidak akan berkomprom­i dengannya,” tambah beliau. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia