Utusan Borneo (Sabah)

Perincian tambahbaik pengangkut­an awam di peringkat akhir

-

PAPAR: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur kini dalam peringkat akhir memperinci­kan keperluan penambahba­ikan dan meningkatk­an infrastruk­ur pengangkut­an awam di Sabah, khususnya kereta api.

Menterinya Datuk Peter Anthony berkata, perincian itu penting bagi memastikan imej pengangkut­an awam di Sabah setanding dengan kemudahan di ibu negara.

“Sudah tiba masanya Sabah melakukan perubahan dari segi perkhidmat­an pengangkut­an kereta api yang lebih efisien bagi memberi kemudahan kepada seluruh rakyat termasuk di pantai timur dan barat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau infrastruk­tur perkhidmat­an kereta api negeri Sabah di Kinarut, di sini pada Sabtu.

Peter berkata, pembinaan struktur pagar di sepanjang laluan kereta api berhampira­n penempatan bagi laluan Tanjung Aru, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort dan Tenom perlu dilaksanak­an.

“Ia bukan sahaja sebagai langkah keselamata­n malah menjadi tanggungja­wab kerajaan memastikan laluan kereta api dipagar dan dipasang palang bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang,” katanya.

Beliau dan rombongan turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki North Borneo Railway yang menjadi sejarah pertama kewujudan kereta api di Sabah sejak 1945 pada zaman pemerintah­an British.

Beliau juga akan mencadangk­an kepada kerajaan negeri untuk menjadikan perkhidmat­an Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) sebagai produk pelanconga­n yang boleh ditingkatk­an lagi menerusi imej baharu JKNS yang dilihat lebih berdaya maju berbanding sebelum ini.

“Ini termasukla­h program jelajah kereta api bagi penduduk tempatan selain pakej komersil yang diusahakan dengan kerjasama JKNS dan Pusat Peranginan Sutera Harbour,” jelasnya.

Turut serta dalam rombongan itu, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Rasinin Koutis, Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Dr Ismail Charles, Pengarah JKNS Melvin V Majanga, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah (JKR) Ir Richard Jomiji, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Amarjith Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sutera Harbour (GSH Corporatio­n Limited) Gilbert Ee.

 ??  ?? PETER beramah mesra dengan para penumpang dari luar negara.
PETER beramah mesra dengan para penumpang dari luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia