Utusan Borneo (Sabah)

Lavista mampu tingkat imej seni visual Labuan

-

LABUAN: Industri seni visual merupakan salah satu elemen yang mampu mengangkat martabat pengkarya dan seniman seni visual.

Penaung Persatuan Labuan Seni Visual Labuan (Lavista) yang baru dilantik, Dato’ Sri Amir Hussien berkata seni visual mampu menjadi nilai tambah produk pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n kepada Lavista terus aktif berkarya untuk membantu nilai tambah produk pelanconga­n Labuan di samping mencungkil bakat pengkarya dan seniman yang berpotensi untuk diketengah­kan.

Katanya, Lavista yang sudahpun dikenali sebagai badan utama penggerak seni visual di pulau ini perlu mengorak langkah lebih jauh dengan mewujudkan Lavista Walk.

Tambahnya, dengan wujudnya Lavista Walk, ia bukan sahaja mengangkat martabat seniman dan pengkarya seni visual tetapi juga mampu meningkatk­an imej Labuan sebagai destinasi pelanconga­n utama di rantau ini.

“Saya yakin jika Lavista Walk dapat diurus dan ditadbir dengan baik serta sentiasa aktif mempromosi­kan aktiviti kesenian tempatan maka secara tidak langsung mampu mengangkat martabat pengkarya dan seniman seni visual serta meningkatk­an imej Labuan sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik untuk dikunjungi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Lavista yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat UTC, Pasar Sentral pada Ahad.

Turut hadir, Pengurus Pusat Penerangan Pelanconga­n (Tourism Malaysia) Labuan Noor Hidayah Mohd Noor, Pengerusi Persatuan Photograph­er Labuan Ramlen Salleh, Naib Pengerusi Lavista Azli Chua Ka Ting, Timbalan Setiausaha Darline Dymphna Clement dan Bendahari Lavista Suwito Kardo.

 ??  ?? AMIR (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Darline sambil diperhatik­an Azize (kanan) dan Azli (kiri).
AMIR (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Darline sambil diperhatik­an Azize (kanan) dan Azli (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia