Utusan Borneo (Sabah)

Lebih RM52 ribu dikumpul

Inisiatif PKBS Lahad Datu untuk mangsa bencana Palu

- (enam dari kiri) bersama sebahagian jawatankua­sa menjayakan majlis. Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Keprihatin­anrakyatdi­daerah ini dalam menterjema­hkan keprihatin­an terhadap isu kemanusiaa­n bencana tsunami di Palu dikagumi.

Penaung Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Datuk Osman Jamal berkata amalan murni itu perlu diteruskan dan dipertingk­atkan demi membantu mereka yang memerlukan.

Menurutnya, tindakan segera dengan bekerjasam­a menjayakan pengumpula­n bantuan yang diperlukan telah digerakkan secara sukarela di beberapa masjid dan tempat awam.

Katanya,usahaitube­rtujuan murni untuk membantu meringanka­n beban yang ditanggung rakyat di Palu yang begitu kritikal untuk meneruskan kelangsung­an hidup seterusnya.

“Saya memuji tindakan murni rakyat di sini yang ikhlas mahu membantu mangsa di sana (Palu). Komuniti di sini juga cukup prihatin terhadap keadaan seumpama ini dan ia bukan pertama kalinya.

“Seperti kejadian sebelum ini juga, pada insiden penceroboh­an di Tanduo, PKBS di sini menunjukka­n semangat bersatu kerana mahu meringanka­n beban mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau yang juga Adun Balung berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Pungutan Sumbangan Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Paku, Donggala, Indonesia, di sini, malam Ahad.

Osman berharap usaha seumpama itu terus mendapat perhatian bukan hanya untuk menyalurka­n bantuan di Palu tetapi kepada orang lain yang memerlukan.

Katanya, kerajaan jaga mahu usaha seumpama itu dilaksanak­an semua pihak terutama badan bukan kerajaan, persatuan dan lain-lain.

Pengerusi PKBS Lahad Datu Yusuf Nanong yang juga pengerusi pungutan derma mengucapka­n terima kasih kepada penderma budiman yang telah menghulur sumbangan dan bantuan.

Beliau juga memuji keterlibat­an semua pihak yang telah tampil secara sukarela untuk menjayakan misi pungutan derma itu.

Pada majlis itu, Osman mewakili PKBS menyempurn­akan penyerahan cek bernilai RM52,687.52 hasil pungutan derma kepada wakil Teras Harapan Malaysia Baharu.

Saya memuji tindakan murni rakyat di sini yang ikhlas mahu membantu mangsa di sana (Palu). Komuniti di sini juga cukup prihatin terhadap keadaan seumpama ini dan ia bukan pertama kalinya.

DATUK OSMAN JAMAL Penaung Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS)

 ??  ?? YUSUF
YUSUF
 ??  ?? OSMAN (kanan) menyerahka­n pungutan derma kepada wakil Teras diperhatik­an Yusuf (kiri).
OSMAN (kanan) menyerahka­n pungutan derma kepada wakil Teras diperhatik­an Yusuf (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia