Utusan Borneo (Sabah)

Tekong didenda RM10,000

Benarkan dua migran haram berada atas bot

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang tekong tempatan dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan membenarka­n dua migran haram berada di atas bot miliknya.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abdul Kasme Hussin, 35, yang diwakili peguam Dominic Chew selepas mengaku salah.

Kesalahan dilakukan pada 8 Jun jam 1 petang, di atas sebuah bot di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 55 E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), dihukum mengikut Seksyen 55 E (3) akta sama.

H u k u m a n y a n g diperuntuk­kan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan, atau kedua-duanya bagi setiap migran haram.

Berdasarka­n fakta kes, pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) memeriksa bot berkenaan pada hari dan di tempat yang sama.

Hasil pemeriksaa­n menemukan dua migran yang tidak mempunyai dokumen diri, masing-masing berusia 28 tahun dan 31 tahun.

Siasatan lanjut mendedahka­n, tertuduh sebagai pemilik bot membenarka­n dua lelaki terbabit masuk dan berada di atas bot.

Semasa rayuan, Dominic menyatakan anak guamnya sudah berkahwin perlu menanggung tiga anak yang masih kecil.

“Mohon denda minimum dikenakan, tertuduh juga menyatakan sudah menyesal. Selain itu, pihak kami memohon bayaran dibuat secara ansuran,” katanya.

Azreena mengenakan Abdul Kasmie denda sebanyak RM5,000 atau penjara tiga bulan, untuk setiap migran haram.

Beliau memerintah­kan tertuduh membayar RM5,000 pada Selasa (tarikh sabitan), selebihnya dilangsaik­an sebelum 7 Disember.

Pegawai Pendakwa Leftenan Mohd Nasrul Md Noor melakukan pendakwaan.

“Siasatan lanjut mendedahka­n, tertuduh sebagai pemilik bot membenarka­n dua lelaki terbabit masuk dan berada di atas bot.

 ??  ?? ABDUL Kasme (dua kanan) mendengar penjelasan Dominic (kiri).
ABDUL Kasme (dua kanan) mendengar penjelasan Dominic (kiri).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia