Utusan Borneo (Sabah)

Denda RM8,000 memiliki keluaran tidak berdaftar, bernotifik­asi

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita pemilik premis kecantikan dikenakan denda sebanyak RM8,000, kerana memiliki keluaran tidak berdaftar dan bernotifik­asi.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Liu Shet Mui, 28, selepas mengaku bersalah untuk dua pertuduhan berkenaan.

Tertuduh disabitkan mengikut Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, atas kesalahan memiliki 12 jenis keluaran tidak berdaftar.

Sekali lagi tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 18 A (1)(a) peraturan sama, kerana memiliki satu jenis kosmetik tidak bernotifik­asi.

Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 5 April jam 3.30 petang, di premis Beauty Wonderland Sdn Bhd, Centre Point, di sini.

Bagi setiap pertuduhan berkenaan, tertuduh dikenakan denda masingmasi­ng RM5,000 dan RM3,000.

Mengikut fakta kes, sepasukan penguatkua­sa farmasi melakukan pemeriksaa­n merampas 14 jenis keluaran dan kosmetik.

Siasatan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah mengesahka­n terdapat 12 jenis keluaran tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Seksyen Kosmetik Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahka­n satu kosmetik tidak bernotifik­asi.

Ketika rayuan, Liu yang tidak diwakili peguam memohon denda yang rendah dikenakan terhadapny­a.

“Saya hanya menyewakan ruang kepada para pelanggan. Saya tidak mengetahui mereka menjual produk berkenaan,” katanya.

Pegawai Pendakwa Ong Chi San dari Jabatan Farmasi menegaskan, menjual produk yang tidak selamat memberikan risiko kepada orang awam, terutama kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia