Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan asas luar bandar jadi keutamaan kerajaan

-

KEMABONG: Penambahba­ikan penyediaan kemudahan infrastruk­tur asas terutamany­a untuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan sentiasame­ngambilper­hatian akses kepada infrastruk­tur asas yang merupakan hak asasi semua rakyat tanpa mengira kaum dan di mana mana mereka berada.

Katanya, kemudahan infrastruk­tur jalan raya, bekalan elektrik dan air serta perkembang­an sosiobuday­a rakyat menjadi sebahagian daripada asas utama kesejahter­aan ekonomi negara.

“Keutamaan akses kepada infrastruk­tur asas di kawasan luar bandar bukan sahaja untuk kesejahter­aan penduduk tetapi juga untuk memudahkan aktiviti ekonomi dilaksanak­an,” katanya ketika berucap merasmikan gelanggang bola tampar dan sesi ramah mesra bersama penduduk di Kampung Amboi, di sini.

Beliau sedar masih banyak keperluan pembanguna­n diperlukan rakyat di kawasan itu seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik serta sekolah dan perumahan yang diperjuang­kannya dengan memohon peruntukan daripada kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Kita berharap dalam Bajet 2019 Kerajaan Pakatan Harapan yang bakal dibentangk­an awal November depan, Sabah akan menerima peruntukan yang lebih tinggi untuk pembanguna­n khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan terus menumpukan pada pembanguna­n luar bandar terutama bagi mengurangk­an jurang perbezaan pembanguna­n antara bandar dan luar bandar.

Mengulas perasmian gelanggang itu, Jamawi berkata hampir semua kampung di kawasan itu mempunyai gelanggang permainan dua dalam satu iaitu bola tampar dan sepak takraw.

“Saya berharap pembinaan gelanggang ini dapat dimanfaatk­an oleh golongan belia untuk kegiatan riadah dan sukan bagi mengisi masa lapang mereka agar tidak terjebak dalam gejala negatif,” katanya.

Selepas merasmikan gelanggang itu, Jamawi bersama kakitangan pejabat Adun Kemabong mengambil peluang melawat rumahrumah daif untuk direkodkan bagi pengagihan bantuan pada tahun depan.

 ??  ?? JAMAWI ketika meninjau sebuah rumah yang perlukan bantuan pembaikan.
JAMAWI ketika meninjau sebuah rumah yang perlukan bantuan pembaikan.
 ??  ?? JAMAWI dan isteri beramah mesra dengan kanak-kanak berpakaian tradisiona­l yang menyambut ketibaan mereka di majlis itu.
JAMAWI dan isteri beramah mesra dengan kanak-kanak berpakaian tradisiona­l yang menyambut ketibaan mereka di majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI bersalaman dengan para pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan bola tampar.
JAMAWI bersalaman dengan para pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan bola tampar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia