Utusan Borneo (Sabah)

Banteras rokok haram

MPS temui tempat penyimpana­n rokok seludup

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik bersama beberapa pegawai penguatkua­sa telah menjumpai sejumlah kecil rokok seludup yang disorokkan di tepi dinding sebuah premis semasa membuat pemeriksaa­n di Bandar Sibuga Jaya Batu 8.

Beliau telah menerima aduan mengenai penjualan rokok haram itu daripada orang ramai yang masih terdapat di bandar itu walaupun operasi bersepadu pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Hidupan Liar dan beberapa agensi lain dijalankan hujung bulan lepas.

Pihaknya mendapat maklumat bahawa penjual terbabit akan menyimpan atau meletakkan rokok seludup mereka dalam plastik berhampira­n tong sampah, dalam parit dan sebagainya agar kelihatan seperti sampah.

“Rokok yang kita jumpa walaupun kuantitiny­a sedikit, diletakkan di tepi dinding sebuah premis bersebelah­an

Hii bersama Pegawai Penguatkua­sa MPS Irman Tajuddin Edy memeriksa rokok yang dijumpai diletak di tepi dinding bangunan.

tong sampah,” katanya.

Peter Hii berkata pihaknya akan terus membantu pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam dalam membantera­s penjualan rokok seludup di sekitar bandar ini.

“MPS memberi komitmen yang penuh dalam perkara ini seperti yang kita tandatanga­ni dalam majlis Ops Pacak 2018 bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n ramai yang mengetahui bandar Sandakan merupakan kawasan ‘hot spot’ bagi pendatang tanpa izin dan juga kanak-kanak jalanan yang aktif menjual rokok belum lulus kastam.

“Aktiviti ini sedikit sebanyak mencacatka­n pemandanga­n serta menjadi punca tidak sihat dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Peter Hii berkata antara inisiatif yang dilaksanak­an MPS adalah mengadakan pemeriksaa­n di setiap premis dan tidak akan berkomprom­i terhadap mana-mana premis yangdidapa­timenjualb­arangan tidak bercukai.

Beliau juga memberi amaran kepada pemilik premis agar tidak menjual barang tidak lulus kastam.

Pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati ada pemilik premis berbuat demikian, di mana MPS tidak akan teragak-agak untuk membatalka­n lesen perniagaan mereka.

“Rokok yang kita jumpa walaupun kuantitiny­a sedikit, diletakkan di tepi dinding sebuah premis bersebelah­an tong sampah, ” DATUK PETER HII CHANG LIK Presiden MPS

 ??  ?? PETER
PETER
 ??  ?? ANGGOTA penguatkua­sa memeriksa lokasi yang didakwa tempat penyimpana­n rokok seludup, sambil diperhatik­an oleh Peter Hii.
ANGGOTA penguatkua­sa memeriksa lokasi yang didakwa tempat penyimpana­n rokok seludup, sambil diperhatik­an oleh Peter Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia