Utusan Borneo (Sabah)

Pekebun kecil Orang Asli terima sijil MSPO

- Memperoleh­i pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia.

KUALA LUMPUR:Pulau Carey di Selangor bukan hanya terkenal dengan keunikan budaya masyarakat orang asli daripada suku mahmeri tetapi juga kehijauan tanaman sawit yang diusahakan oleh syarikat perladanga­n dan penduduk tempatan.

Perkembang­ansektorpe­rladangan sawit dan aktiviti pengilanga­n oleh syarikat Sime Darby Plantation telah memberi sumbangan kepada kemajuan industri sawit negara dan pembanguna­n sosio ekonomi penduduk.

Antarapend­udukoranga­slidiPulau Carey yang mendapat pendedahan dalam aktiviti perladanga­n sawit dan seterusnya mengusahak­an tanaman sawit sebagai sumber pendapatan keluarga ialah Reta A/P Lajah yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai Judah.

Pengalaman bekerja di ladang sawit sejak tahun 1980-an memberi keyakinan kepada beliau untuk mengorak langkah mengusahak­an kebun sawit seluas 1.2 hektar pada tahun 1987.

Beliau menerima bantuan anak benih sawit yang dibekalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA). Yakin dengan potensi tanaman sawit sebagai sumber pendapatan keluarga, beliau dan suami telah meningkatk­an keluasan kawasan tanaman sawit kepada 5.5 hektar.

Menyedari kepentinga­n untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil tanaman sawit, pada tahun 2012 beliau telah menanam semula pokok sawit tua dengan memohon bantuan tanam semula yang disediakan oleh MPOB.

Di bawah pelaksanaa­n skim tanam semula sawit, beliau menerima bekalan anak benih sawit berkualiti, baja dan khidmat nasihat dari Pegawai Tunas MPOB mengenai Amalan Pertanian Baik meliputi kaedah pembajaan, kawalan rumpai, serangga perosak dan penuaian buah sawit berkualiti.

Usaha gigih berbakti kepada tanah dan mengusahak­an kebun sawit mengikut Amalan Pertanian Baik, beliau telah berjaya meningkatk­an pengeluara­n hasil sawit lebih sekali ganda kepada 24 tan sehektar setahun.

Keinginan tinggi untuk berjaya dalam mengusahak­an tanaman sawit mendorong beliau untuk menimba ilmu pengetahua­n dalam penanaman sawit dengan terlibat secara aktif dalam aktiviti anjuran MPOB melalui penyertaan ceramah dan khidmat nasihat oleh pegawai Tunas.

Seiring dengan inisiatif kerajaan melaksanak­an pensijilan minyak sawit mampan, beliau mengambil langkah menyertai Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) daerah Kuala Langat yang ditubuhkan oleh MPOB, yang melaksanak­an Amalan Pertanian Baik bagi memperoleh­i pensijilan mampan MSPO.

Dengan kegigihan melaksanak­an Amalan Pertanian Baik dan pematuhan prinsip dan kriteria amalan mampan, kebun yang diusahakan beliau telah berjaya memperoleh­i pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada tahun 2017.

Reta adalah antara pekebun kecil orang asli yang mengusahak­an tanaman sawit secara persendiri­an yang berjaya memperoleh­i pensijilan MSPO.

Skim pensijilan mampan MSPO digubal berdasarka­n pematuhan amalan mampan sejagat berteraska­n tiga tunggak utama iaitu aspek sosial, ekonomi dan penjagaan alam sekitar dalam pengeluara­n minyak sawit.

Pelaksanaa­n pensijilan MSPO dimandatka­n oleh kerajaan bermula pada tahun 2017 meliputi semua sektor dalam industri sawit termasuk pekebun kecil bertujuan memenuhi permintaan global bagi minyak sawit mampan.

Pensijilan MSPO dilaksanak­an secara berperingk­at melalui tiga fasa iaitu pada 31 Disember 2018 untuk premis ladang dan kilang yang telah mempunyai sijil RSPO dan fasa kedua pada 30 Jun 2019 bagi premis ladang dan kilang yang tidak mempunyai pensijilan RSPO. Fasa ketiga pada 31 Disember 2019 pula bagi pekebun kecil.

Bagi melaksanak­an pensijilan MSPO sektor pekebun kecil, kerajaan menyedia insentif melalui MPOB sebanyak RM130 juta yang meliputi latihan dan khidmat nasihat teknikal, kos pengaudita­n pensijilan, pembiayaan peralatan perlindung­an diri dan pembinaan rak simpanan bahan kimia secara percuma.

Sehingga Julai 2018, sebanyak 118,000 hektar atau 5.21 peratus daripada 2.3 juta hektar kawasan tanaman sawit pekebun kecil telah mendapat pensijilan MSPO.

Ia merangkumi 105,751.06 hektar di bawah 56 kelompok pekebun kecil dikendalik­an oleh agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Salcra, SLDB dan 12,312.02 hektar oleh pekebun kecil persendiri­an di bawah Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) kendalian MPOB.

Malaysia adalah antara negara pengeluar utama minyak sawit dunia yang komited melaksanak­an pensijilan mampan bagi memastikan pengeluara­n minyak sawit secara mampan.

Ia adalah langkah proaktif dan komitmen kerajaan bagi penjenaman minyak sawit Malaysia yang memberi penekanan kepada kehendak kemampanan dan pengeluara­n minyak sawit mengikut undang-undang dan peraturan serta aktiviti urus niaga yang telus dan adil.

Pengeluara­n minyak sawit mampan melibatkan komitmen kepada kesejahter­aan alam sekitar, kesihatan dan keselamata­n pekerjaan serta jaminan kualiti produk sawit Malaysia. Usaha ini sekali gus dapat menangkis dakwaan pihak berkepenti­ngan di luar negara yang memburukka­n imej minyak sawit negara dengan mengaitkan penanaman sawit yang menjejaska­n alam sekitar dan ancaman kepada hidupan liar bagi menghalang perdaganga­n minyak sawit di pasaran global.

Kemajuan industri sawit khususnya penanaman sawit penting kepada pembanguna­n ekonomi luar bandar yang melibatkan penyertaan hampir 650,000 pekebun kecil di seluruh negara termasuk lebih 250,000 pekebun kecil persendiri­an yang menyumbang 40 peratus pengeluara­n minyak sawit negara.

 ??  ?? RETA
RETA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia