Utusan Borneo (Sabah)

Pantau penjualan telur penyu

Foster sumbang peralatan kepada JHL

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Persatuan Pencinta dan Pemulihara­an HidupanPen­yuNegeriSa­bah (Foster) menyumbang dua set peralatan kanopi, meja dan bangku untuk digunakan anggota penguatkua­sa Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi memantau aktiviti penjualan telur penyu secara haram di Bandar Sandakan.

Sumbangan itu disampaika­n sendiri oleh Presiden Foster Alexander Yee kepada Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Menurut Alexander pihaknya gembira dapat bekerjasam­a dengan JHL dengan menyediaka­n peralatan diperlukan untuk memantau aktiviti penjualan penyu secara haram di daerah ini.

“Kami mengharapk­an orang awam memberikan sokongan kepada usaha ini dengan tidak membeli telur penyu dan melaporkan kepada pihak JHL jika melihat mereka yang terlibat dalam akiviti itu,” katanya.

Foster aktif dalam program konservasi penyu di negeri ini termasuk mewujudkan Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran yang menjadi lokasi penyu hijau dan sisik bertelur di perairan daerah ini.

Pewujudan pusat penetasan telur penyu di pulau itu hasil perjanjian memorandum dimetarai antara Foster dan JHL sejak 2013 selama lima tahun dan tahun ini disambung untuk lima tahun lagi hingga Ogos 2023.

Program itu termasuk mewujudkan kesedaran kepada penduduk tempatan dan pengunjung mengenai nilai pemulihara­an penyu laut, menjalanka­n projek penyelidik­an dengan matlamat untuk memahami lebih baik kitaran hidup penyu laut di sekitar kawasan pulau Libaran dan menyediaka­n program penyelidik­an mengenai penyu laut untuk antarabang­sa dan pelajar tempatan.

“Kami mengharapk­an orang awam memberikan sokongan kepada usaha ini dengan tidak membeli telur penyu dan melaporkan kepada pihak JHL jika melihat mereka yang terlibat dalam akiviti itu, ” ALEXANDER YEE Presiden Foster

 ??  ?? ALEXANDER (kanan) menyampaik­an set peralatan kepada Hussein.
ALEXANDER (kanan) menyampaik­an set peralatan kepada Hussein.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia