Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Upko Tenom sokong pelantikan Gabriel

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Upko Tenom menyokong penuh pelantikan Gabriel George Tulas sebagai Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.

Ketuanya Gideon Gadit berkata, pelantikan Gabriel tepat kerana beliau memiliki potensi serta kewibawaan dalam memimpin masyarakat khususnya di kawasan DUN Melalap.

Katanya, Gabriel merupakan lepasan Ijazah Ekonomi dan pernah menyandang Timbalan Presiden Perwakilan Mahasiswa Sabah ketika dalam pengajian dahulu dan yang paling penting beliau adalah anak jati Tenom.

“Saya hairan kenapa isu ini wujud dan dimainkan sebuah portal berita. Saya yakin wakil rakyat di kawasan itu, Datuk Peter Anthony tidak salah dalam melakukan pilihan walaupun mungkin ada calon lain yang boleh menggalas tanggungja­wab berkenaan.

“Saya bagi pihak Pemuda Upko Tenom menyokong penuh pelantikan Gabriel sebagai PPM Melalap. Saya yakin walaupun usianya lebih muda dalam pandangan orang ramai, beliau mampu melaksanak­an tugasnya dengan baik.

“Kami Pemuda Upko Tenom juga akan memberi kerjasamas­epenuhnyak­epada Gabriel sekiranya diperlukan dalam tugasan beliau sebagai PPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan majlis makan malam Pemuda Upko Tenom dengan PPM Melalap dan Pegawai Daerah Tenom Clarence Puin Pinduru, di sini.

Turut hadir, Exco Pergerakan Pemuda Upko Pusat Mcmanus Sing, Ahli Jawatankua­sa Bahagian Upko Tenom, Pergerakan Wanita Upko Tenom dan Komulakan Upko.

Sementara itu, Clarence turut mengalu-alukan pelantikan Gabriel sebagai PPM Melalap.

“Saya sifatkan beliau salah seorang lagi generasi muda yang mampu menjadi pemimpin di kawasan itu (Melalap). Datuk Peter tidak salah dalam memilih beliau,” katanya.

 ??  ?? GIDEON (duduk, dua kanan) bersama Gabriel (duduk, dua kiri) dan Clarence (duduk, tiga dari kiri) merakam gambar kenangan bersama Pemuda, AJK Bahagian, Wanita dan Komulakan Upko Tenom.
GIDEON (duduk, dua kanan) bersama Gabriel (duduk, dua kiri) dan Clarence (duduk, tiga dari kiri) merakam gambar kenangan bersama Pemuda, AJK Bahagian, Wanita dan Komulakan Upko Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia