Utusan Borneo (Sabah)

JKE Politeknik KK anjur Program PPI di Bandar Sierra

- Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Jabatan Kejurutera­an Elektronik (JKE) Politeknik Kota Kinabalu berjaya mengadakan program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) di Grand Merdeka Mall Bandar Sierra 3 pada Rabu dan Khamis lepas.

Rasional penganjura­n program lawatan itu adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai Kursus Computer Architectu­re And Organizati­on (DEC3033).

Game Mob Studio dipilih adalah kerana ia bersesuian dengan bidang yang dipelajari oleh pelajar Diploma Kejurutera­an Elektronik (Komputer)danKursusD­EC3033, iaitu berkaitan perisian yang merupakan komponen penting dalam sistem komputer selain perkakasan komputer.

Antara pengisian sepanjang program adalah pengenalan kepada GameMob Studio, pengenalan pada enjin GameMob Studio, persediaan menjadi Google Developer dan perkongsia­n untuk mengikuti fullworksh­op, di mana fullworksh­op mengambil masa sehari untuk membangunk­an aplikasi mobile dan menjadi game developer, seterusnya menerbitka­n kepada google apps.

Semua teori yang dipelajari semasa didalam kuliah dapat diaplikasi­kan semasa melawat sendiri industri yang terlibat dalam bidang kejurutera­an terutamany­a bidang komputer yang melibatkan perisian.

Di samping itu, mengetahui pengoperas­ian sesuatu syarikat berkenaan juga dapat membantu pelajar memilih bidang pekerjaan kelak.

Pelaksanaa­n aktiviti dan pencapaian objektif/outcome berjaya dicapai dengan cemerlang.

Program yang dijalankan dapat menambahka­n lagi pengetahua­n pelajar dan pensyarah tentang operasi yang dijalankan oleh syarikat Gamemob Studio di mana kursus yang dijalankan adalah sangat sesuai dan berkait dengan apa yang dipelajari oleh pelajar semasa di JKE Politeknik Kota Kinabalu.

Aktiviti ceramah dan lawatan yang disampaika­n oleh Pengarah GameMob Studio Shahrizan Talim dan Azuan itu mencapai objektif yang diharapkan.

 ??  ?? KUMPULAN pertama bersama Shahrizan dan Mohd Nasri.
KUMPULAN pertama bersama Shahrizan dan Mohd Nasri.
 ??  ?? PENYERAHAN cenderahat­i oleh Ketua Program DTK Politeknik Kota Kinabalu Mohd Nasri Hashim kepada Shahrizan, diperhatik­an oleh Pengarah Program Lawatan PPI Calvin Jamuin, wakil pelajar DTK3A.
PENYERAHAN cenderahat­i oleh Ketua Program DTK Politeknik Kota Kinabalu Mohd Nasri Hashim kepada Shahrizan, diperhatik­an oleh Pengarah Program Lawatan PPI Calvin Jamuin, wakil pelajar DTK3A.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia