Utusan Borneo (Sabah)

‘Selamatkan Penyu Kita’, UCSF pilih tema penyu untuk larian amal

UCSF pilih tema penyu untuk larian amal

-

PEMILIHAN ‘Save

Our Turtles’ sebagai tema buka peluang kepada warga Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan masyarakat setempat menyertai ‘UCSF Turtle Charity Run 2018’.

Program larian amal yang julung kalinya diadakan itu memilih penyu sebagai haiwan yang dilindungi dan ia mendapat sambutan yang menggalakk­an.

Larian sejauh tujuh kilometer itu dilepaskan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pentadbira­n UCSF Datuk K. Y Mustafa dan larian sejauh tiga kilometer dilepaskan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik UCSF Prof. Dr. Gires Usop.

Gires dalam ucapannya berkata, setiap tahun UCSF akan memilih haiwan yang perlu dilindungi

sebagai tema ‘UCSF Green Carnival’.

Katanya, ia bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya aspek pemulihara­an haiwan terancam.

“UCSF Green Carnival akan berlangsun­g selama setahun dan pelbagai aktiviti bakal dilaksanak­an.

“Ia termasukla­h larian amal, ceramah kesedaran pemulihara­an penyu, acara pembersiha­n pantai, dan UCSF Mini Green Carnival,” katanya ketika ditemui selepas program itu baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Rosmawati Lasuki berkata, di Sabah pelbagai usaha dilakukan bagi menyokong aktiviti pemulihara­an penyu.

Beliau berkata, salah satunya memastikan kawasan pantai bebas dari sampah dan menjaga kebersihan laut adalah salah satu cara yang boleh dilakukan.

Menurutnya, penghapusa­n tabiat membuang bahan-bahan plastik ke laut akan mengurangk­an kematian penyu-penyu yang sering menyangka plastik adalah makanan mereka.

“Sebenarnya, terdapat banyak program kesedaran yang dijalankan bagi membuka mata orang ramai berhubung pentingnya pemulihara­an penyu.

“Diharap dengan kerjasama semua pihak, bumi kita akan lebih terpelihar­a bagi mengelakka­n kepupusan penyu pada masa hadapan,” jelasnya.

Pelajar UCSF yang juga peserta larian Ahmad Shahmyie Sedin, 21, berkata, melalui program larian itu, ia dapat meningkatk­an kesedaran berkaitan haiwan-haiwan yang terancam terutamany­a penyu.

Katanya, jualan geraigerai juga membantu pelajar menjana pendapatan dan memberi kemahiran berniaga.

“Ruangan pameran pula memberikan banyak informasi kepada saya untuk menjaga ekosistem marin.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) merangkap Ahli Lembaga Pengarah UCSF Datuk Kamal Quadra, Timbalan Naib Canselor UCSF (Korporat dan Pembanguna­n Perniagaan) Dr Alan Lim, dan Pengarah Institute Borneo Studies UCSF merangkap Koordinato­r UCSF Green Carnival Prof. Dr Junaenah Sulehan.

“Jualan gerai-gerai juga membantu pelajar menjana pendapatan dan memberi kemahiran berniaga. Ruangan pameran pula memberikan banyak informasi kepada saya untuk menjaga ekosistem marin. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

AHMAD SHAHMYIE SEDIN Pelajar UCSF

 ??  ?? BARISAN ahli jawatankua­sa dan sukarelawa­n yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UCSF.
BARISAN ahli jawatankua­sa dan sukarelawa­n yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UCSF.
 ??  ?? ROSMAWATI (dua kanan) menyampaik­an hadiah utama cabutan tiket bertuah sempena UCSF Green Carnival 2018.
ROSMAWATI (dua kanan) menyampaik­an hadiah utama cabutan tiket bertuah sempena UCSF Green Carnival 2018.
 ??  ?? PESERTA yang mengikuti program UCSF Turtle Run 2018.
PESERTA yang mengikuti program UCSF Turtle Run 2018.
 ??  ?? PARA peserta sebelum memulakan larian.
PARA peserta sebelum memulakan larian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia