Utusan Borneo (Sabah)

APMM kongsi ilmu maritim

Bersama pasukan Pengakap Laut SMK Mutiara Labuan

- PENGAKAP Laut dari SMK Mutiara bersama anak kapal KM Bistari.

SERAMAI 15 Pengakap Laut dari SMK Mutiara telah menyertai Perkhemaha­n Nautika Pengakap Laut di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Pagar.

Perkhemaha­n itu dipengerus­ikan oleh Skipper Ivy Lee, yang juga Setiausaha Sekretaria­t Pengakap Laut WP Labuan.

Ia selaras dengan keperluan Persekutua­n Pengakap Malaysia yang ingin melahirkan generasi masa depan cekal, berwibawa dan berkemahir­an tinggi seterusnya menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara maritim.

Selain membekalka­n golongan muda dengan ilmu pengetahua­n kepelautan, perkhemaha­n itu membantu menyediaka­n mereka untuk meneroka bidang nautika yang mencabar, menyeronok­kan dan berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelaut dan ahli Pengakap Laut.

Perkhemaha­n yang berlangsun­g selama tiga hari dua malam itu telah memberi pengalaman yang banyak kepada Pengakap Laut di mana mereka telah didedahkan cara menyelamat­kan diri di dalam air, membuat rakit serta mengharung­i ekspedisi memancing selama dua hari

ROSNI menyampaik­an Lencana Juragan Muda.

satu malam.

Peserta juga menjalani ujian bertulis mengenai asas kaji cuaca, peralatan bot, isyarat perairan tempatan dan undang-undang pelautan antarabang­sa.

Bagi tujuan keselamata­n kem sepanjang aktiviti, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Layang-Layangan telah membantu mengawasi peserta sepanjang aktiviti mencabar yang dijalankan.

Pada hari terakhir perkhemaha­n, peserta dibawa melawat Kapal Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) KM Bistari.

Pada lawatan itu, peserta didedahkan dengan tatacara manuvra taktikal, navigasi, komunikasi, ilmu kelautan serta Operasi Carilamat dan Penguatkua­saan.

Pengakap Laut Labuan memilih untuk melawat KM Bistari kerana kapal itu pernah mendapat anugerah Piala Perkasa iaitu kapal maritim terbaik di Malaysia sebanyak dua kali.

Kapten KM Bistari Leftenan Komander Maritim Muhammad Zaini Zainal turut membuka peluang kepada Pengakap Laut untuk terus berkolabor­asi dan bersedia membantu dari segi elemen kepelautan serta kemahiran untuk Pengakap Laut.

Pesuruhjay­a Kebangsaan Persekutua­n Pengakap Malaysia Skip Rosni Mohd Daud dalam ucapannya pada majlis penyerahan cenderamat­a menyaranka­n agar lawatan bersama APMM dapat diteruskan lagi dengan pengkhusus­an ilmu yang lebih mendalam dan berfokus agar pengakap laut memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Pengakap Laut yang telah berjaya melalui semua ujian dianugerah­kan Lencana Juragan Muda oleh Skip Rosni Mohd Daud.

Turut disampaika­n anugerah peserta perkhemaha­n lelaki terbaik yang dirangkul Mohd Syawal Shahfik Ismail manakala peserta perempuan terbaik diraih Megawati Sulaiman.

Penghargaa­n turut diberi kepada Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Dato’ Sri Haji Mohd

Alias Abdul Rahman atas sokongan menyediaka­n tapak perkhemaha­n untuk menjalanka­n aktiviti itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROSNI (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Muhammad Zaini di kapal KM Bestari.
ROSNI (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Muhammad Zaini di kapal KM Bestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia