Utusan Borneo (Sabah)

SM Sains Labuan tuan rumah Gallery Walk Sejarah

-

JABATAN Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan dengan kerjasama Panitia Sejarah Sekolah Menengah Sains Labuan telah menganjurk­an Pertanding­an Gallery Walk Sejarah Menengah Atas di Dewan Samudera sekolah berkenaan.

Pertanding­an itu bermatlama­t mengaplika­sikan pendekatan Pembelajar­an Abad ke-21 (PAK21) dalam kalangan pelajar dan guru terutamany­a dalam merungkai kurikulum Sejarah Menengah Atas.

Setiausaha pertanding­an Samsuri Amin berkata pertanding­an itu berjaya menarik penyertaan daripada sembilan sekolah menengah di seluruh Labuan melibatkan 135 pelajar dan 27 guru.

Katanya, setiap sekolah disertai oleh lima pelajar sebagai pembentang dan 10 penyokong dengan mempamerka­n bahan-bahan pembelajar­an berbentuk maujud dibantu teknologi semasa di stesen masingmasi­ng.

“Selain mempamerka­n bahan inovasi pembelajar­an yang berkaitan kurikulum Sejarah, setiap kumpulan perlu memberi penerangan kepada pengunjung stesen dan hakim sebagai sebahagian kriteria penilaian,” jelasnya.

Pertanding­an itu dirasmikan oleh Pengetua SM Sains Labuan Haji Mahamad Shukri Said.

Mahamad Shukri berpendapa­t program itu amat baik dan sangat berguna sebagai medium mengetenga­hkan bakat pelajar sebagai peneroka dan penyampai ilmu Sejarah terutamany­a dalam mencapai hasrat PAK21, mencakupi elemen komunikasi, kolaborati­f, kreativiti, pemikiran kritis dan nilai murni.

Namun begitu, beliau berharap agar program itu dapat melibatkan lebih ramai pelajar pada masa akan datang kerana bahan-bahan inovasi yang dipamerkan oleh setiap sekolah sangat menarik dan membantu pembelajar­an.

Sementara itu, SMK Taman Perumahan Bedaun telah dinobatkan sebagai johan dengan membawa pulang hadiah tunai sebanyak RM500 sumbangan Koperasi Pelajaran Labuan.

Tempat kedua dimenangi oleh SM St Anne dan tempat ketiga SM Sains Labuan.

Selain itu, SMK Taman Perumahan juga memenangi kategori Stesen Terbaik dan Pembentang Terbaik.

Sementara itu, pertanding­an bahan inovatif johan menjadi milik SM St Anne, naib johan SM Sains Labuan dan ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun.

Turut hadir, Pegawai Sisc+ Jabatan Pendidikan Labuan Pangiran Abdul Kadir Pangiran Budin, Pengetua SM St Anthony Dona Undoh, Penolong Kanan Pentadbira­n SM Sains Labuan Rohana Yasin dan Ketua Panitia Sejarah SM Sains Labuan Nor Faizah Kamaruddin.

 ??  ?? SM St Anne johan pertanding­an bahan inovatif.
SM St Anne johan pertanding­an bahan inovatif.
 ??  ?? MAHAMAD Shukri menyampaik­an hadiah johan Pertanding­an Gallery Walk Sejarah Menengah Atas Peringkat WP Labuan kepada SMK Taman Perumahan Bedaun.
MAHAMAD Shukri menyampaik­an hadiah johan Pertanding­an Gallery Walk Sejarah Menengah Atas Peringkat WP Labuan kepada SMK Taman Perumahan Bedaun.
 ??  ?? HAKIM pertanding­an bergambar kenangan bersama Mahamad Shukri (tengah).
HAKIM pertanding­an bergambar kenangan bersama Mahamad Shukri (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia