Utusan Borneo (Sabah)

Kuching bakal jadi hab penerbanga­n kos rendah

Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan AirAsia jadikan bandar raya ini hab hubungkan Bangkok dan Jakarta

-

KUCHING:Bandar raya ini bakal menjadi hab untuk penerbanga­n kos rendah AirAsia yang menghubung­kan Bangkok dan Jakarta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata cadangan tersebut kini sedang dalam peringkat perbincang­an dengan AirAsia.

“Apabila ini direalisas­ikan, ia akan membolehka­n pelawat berkunjung bukan sahaja ke Kuching tetapi juga seluruh Sarawak.

“Ini mampu dicapai kerana kitamempun­yaibanyakt­aman negara dan ekopelanco­ngan yangberter­askanbuday­a,alam sekitar serta pengembara­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana yang disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari lahir ke-82 beliau, di Tebingan Kuching, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak akan terus melakukan penambahba­ikan dari segi tarikan pelanconga­n di bandar raya ini.

Antaranya membina air terjun dan sebuah ‘Tea House’ berhampira­n Kubu Magherita, termasuk menaik taraf Brooke Dockyard dengan menghubung­kannya terus ke Tebingan Kuching serta kawasan perkampung­an Melayu di bandar raya ini.

Selain itu adalah membangunk­an bandar warisan untuk menonjolka­n lagi nilai sejarah di bandar raya Kuching.

Ketika ini, Kerajaan Sarawak sedang melaksanak­an pembinaan masjid terapung di Tebingan Kuching, yang juga bakal menjadi antara tarikan pelanconga­n termasuk Kampus Muzium Sarawak.

Apabila ini direalisas­ikan, ia akan membolehka­n pelawat berkunjung bukan sahaja ke Kuching tetapi juga seluruh Sarawak. ” DATUKPATIN­GGIABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? TUN Taib melakukan simbolik perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching. Turut kelihatan Abang Johari (tiga kiri), Toh Puan Ragad (lima kanan) serta tetamu kehormat lain.
TUN Taib melakukan simbolik perasmian Air Pancutan Berirama Darul Hana di Tebingan Kuching. Turut kelihatan Abang Johari (tiga kiri), Toh Puan Ragad (lima kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia